WELCOME



Monday, December 20, 2010

Lagi cerita cuti....

Lepas balik Langkawi, the next day, bertolak balik ke Temerloh. Cadangan untuk balik dengan keretapi dibatalkan kerana kehabisan tiket untuk cabin atau berth. Suamipun sudi hantar kami balik, dan dia balik naik bas ke Pendang kerana ada mesyuarat di pejabatnya, dan tak boleh cuti. Terpaksa meninggalkan 2 kenduri kawin hari tu. Bertolak seawal 8 pagi, alhamdulillah, perjalanan lancar dan sampai ke bandar Temerloh lebih kurang pukul 3 petang. Setelah menjamu selera dengan patin tempoyak, meneruskan perjalanan ke rumah yang lebih kurang 10 minit saja perjalanan. Mak, Apak dan Ti sekeluarga ada di rumah. Dapat jumpa Ti yang baru balik mengerjakan haji bersama suaminya shukor. Alhamdulillah sihat semuanya. Esoknya suami naik bas ke Alor setar, harga tiket RM 51, bas jalan pukul 11 pagi. Kami ada masa seminggu lagi untuk dihabiskan di temerloh. Antara aktiviti yang sempat dijalankan ialah, meronda bandar tengok kedai2 baru bukak . Sempat juga bertemu dengan rakan lama yang kebetulan berpindah ke Lanchang mengikut suami. Macam2 cerita, maklumlah , akhir sekali jumpa , sekejap saja masa majlis konvokesyen suami di UPM lebih kurang 13 tahun yang lepas. Selain mengupdate maklumat2 terkini, sempat juga bincang pasal kerja masing2. Sempat juga jumpa suaminya dan sorang lagi excoursemate yg turut mesyuarat di Hotel Sri Malaysia pada hari tersebut. Bila dah jumpa sorang, rindu pulak nak jumpa yang lain2, harap2 reunion DPIM 84 menjadilah nanti. Boleh jumpa kawan2 lama. Insyaallah.

Cerita cuti

Dah lama tak update blog. Ketiadaan kemudahan internet. 8/12, ke Langkawi , cuti2 Malaysia sampai 10/11. Lama jugak tak sampai Langkawi, rasanya dah dua tahun. Inipun ikut husband yang mesyuarat di Seaview hotel. Kami (My daughters and me) yang tak mesyuaratni, apa lagi. Ambil kesempatan meronda di sekitar pekan Kuah, dari satu kedai ke satu kedai, sampai surrender budak2 tu, sedangkan maknya masih semangat lagi. Hajat di hati nak cari casserole pyrex senang nak buat pie atau trifle. Tapi ada offer pulak dah, beli dinner set corelle dapat 4 biji mangkuk pyrex. Daripada nak beli casserole, terbeli dinner set pulak dah. Dan ada satu kedai tu, jual baju cantik2 dan harga berpatutan. Maka bertambahlah bagasi bila balik dari Langkawi.Selain daripada tu ada sudu dan senduk cantik. Teringin dan beli. Coklat jangan katalah, yang makan dan bawak balik bergendong2. Minyak gamat, beli yang susu kambing saja. minyak gamat banyak lagi. Ramai juga kat langkawi, nampak macam peserta2 kursus atau mesyuarat. Dikesempatan yang ada kami sewa kereta ke pantai Cenang. Mak datok.. banyaknya chalet, resort yang dibina di tepian pantai, sampai tak da public beach lagi. Kalau dulu Underwater world dikelilingi bendang yang dihuni kerbau2, sekarang dan dikelilingi oleh resort. Dan di resort ni Mat dan Minah Saleh yang ramai, bersantai , sunbathing di pantai. Begitulah Langkawi. Next time kalau ada rezeki datang langkawi lagi nak buat aktiviti lain pulak, island hoping, dan aktiviti2 alam sekitar insyaallah. OK, Langkawi, till we meet again.

Sunday, December 5, 2010

MAKE FULL OF IT..

Jarang dapat kemana2 kerana kekangan masa, dan lain2. Jadi kalau ada peluang, gunakanlah sepenuhnya. I am talking about our trip to Langkawi this week. And after that going back to my beloved hometown, Temerloh. Nampaknya kena balik sendiri. Tu lah, husband dah elok2 jadi cikgu nak jadi pegawai pulak, jadi pensyarah pulak, tak dapat cuti macam cikgu. To make our trip more adventurous, we plan to go back by train. Only the three of us, my son won't come along. Orang Kedah ni sayang sungguh nak tinggal Kedah. Tak reti2 nak duduk tempat lain. Yang lelaki bila kawin dgn wanita kedah, sanggup ikut isteri balik kedah. Isteri ikut suami lain lah kan? Walaupun tak seronok, duduk jugak lah, tinggalkan kampung halaman, dan keluarga tersayang. Balik kampung di samping sanak saudara ni, macam di refresh balik. Macam dapat caj bateri baru, atau dapat udara untuk bernafas dalam keadaan lemas. Bila balik sana, selalu rasa kedamaian di hati yang tak jumpa di tempat2 lain. Rumah tu walaupun tak cantik tapi rasa selesa sangat. Maklumlah tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat membesar disamping orang2 tersayang.
So... looking forward to. Esok nak ke stesen keretaapi, nak beli tiket, harap2 dapat kabin atau birth. Supaya dapat perjalanan yang selesa. Insyaallah.

KENDURI

Hari ni pergi kenduri seorang rakan sekolah. Isterinya pulak ustazah budak2 tu, jadi mau lah mereka mengikut ke kenduri tersebut. Selepas balik ambil anak yang tusyen , terus singgah di rumah kenduri. Memang awal2 lagi dah risau, nanti nak parking payah, jalan tu agak sempit , di kiri-kanannya ada bendang. Walaupun agak jauh berjalan, alhamdulillah dapat juga letak kereta dibahu jalan yang sempit tu. Masa sampai tu, ramai sungguh sebab serentak dengan rombongan pengantin perempuan. Masa makan tu, deejay asyik2 mengumumkan "tolong alih kereta ini dan itu kerana menganggu kelancaran trafik". Hairan juga, tuan punya kereta tu masa parking tak terfikir ke kereta dia menganggu lalu lintas. Jalan depan rumah pengantin memang tersumbat teruk hari tu, lepas makan dan nak balik terpaksa tunggu dalam kereta lebih kurang 1/2 jam kerana lori2 besar nak lalu.  Selain drp itu, semua nya berjalan dgn baik, tahniah kepada tuan kenduri kerana berjaya mengadakan kenduri yang cantik, makanpun sedap, tetamu2 pun puas hati. Terima kasih.

BELUM ADA REZEKI

Hajat hati untuk menunaikan umrah pada bulan Disember ini tidak kesampaian. Syarikat yang kami mendaftar untuk pergi umrah tersebut dah confirm visa umrah tidak dikeluarkan oleh pihak Arab Saudi Disember ini. Atas alasa, mereka sedang buat program pembersihan, memastikan semua jemaah visa haji sudah pulang ke negara asal masing2. Nampaknya tunggu bulan Disember 2011 pulaklah. Insyaallah jika tiada aral melintang, sabar sajalah menunggu setahun lagi.

CUTI

17 hb Nov, bersambung dengan cuti raya Qurban, adalah cutu akhir tahun persekolahan. Walaupun dah terbercuti seawal 11/10 lagi, namun cuti sekolah disambut dengan gembira juga. Selama ni kami berlima saja, me, husband dan 3 cats, tambah 2 org yang balik asrama , kemudian tambah sorang yang balik kolej. Ramailah kat rumah sekarang ni. Tapi cuti ni belum pergi bercuti lagi, paper sains pertanian selalu lambat. Tak sampai hati pulak nak tinggal budak2 tu awal2, sebab ada gap dan boleh buat kelas ulangkaji lagi. Dan nampaknya budak2 tu berminat nak hadir. 5 hb Dis, hari pertama kelas tambahan. 10 orang tak hadir. Tak apalah, mungkin ada kenduru,terlibat kenduri ke. Selain kelas Sains pertanian, kelas sains buat ulang kaji kimia dan kelas 5 SS buat ulangkaji Prinsip Perakaunan. Selain kak Norma buat revision kimia dan Pauziah buat revision Akaun, Gang-gang panitia pendidikan islam pun ada kerana buat perancangan Strategik 2011-2015. Syabas semua, cikgu yang dedikasi dan komited nak menjaga dan meningkatkan nama baik sekolah kita. Kalau kita ikhlas dalam sesuatu kerja, Allah Taala akan membalasnya dengan kebaikan juga. Sesungguhnya Allah tidak berlengah-lengah dalam memberi balasan. Oleh itu cikgu-cikgu, kerjalah kerana Allah, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada seseorang , atau memuaskan hati seseorang, kerana tiada keikhlasan di situ dan hasilnya nanti tak mendatangkan kepuasan.