WELCOME



Sunday, November 7, 2010

Musim banjir kali ini..teringat 40 tahun dulu


Musim tengkujuh atau musim pejor memang tak asing lagi di tempat kami , Temerloh. Masuk saje bulan Disember, langit bagai nak runtuh, curahan hujan lebat, sampai tak celik2 mata, hujan yg turun. Sampai berminggu2 keadaan ni, dan kami memantau paras air sungai Pahang yg cuma beberapa meter saja dari rumah. Kami ada cara sendiri utk memastikan air sungai naik atau turun. Kalau sampah atau macam yg kami panggil sapar mengalir bersama-sama kelajuan air sungai pahang , maknanya air semakin naik. Selalunya masa ni apak sibuk akan bubuh tenggala perahu bawah rumah kami, bersiap sedia untuk beroperasi sekiranya kami perlu berpindah. Selain itu juga apak buat stok makanan, selain beras, biskut 4 segi satu tin besar dan sadin adalah kemestian. Hujan-hujan selalunya lapar, jadi kerjanya seluk tin biskut. Belakang rumah kami paya, selalunya air paya naik dulu drp air sungai, jadi belakang rumah selalu naik air dulu. Zaman kanak2 , semua benda buat kita excited, begitu juga musim banjir. Bila air belakang rumah naik, duduk kat tangga belakang sambil main2 air. Dan kalau nasib baik, mak ajak ronda2 paya belakang naik perahu. Mak memang terer kemudi perahu, maklumlah dalam paya banyak tunggul, perdu tapi kami lalu dgn perahu dicelah2 semua tu tanpa sebarang masalah kerana mak memang terer kemudi perahu. Banjir tahun 1970 paling teruk kerana air sungai naik dan alirannya terlalu laju sehingga menghanyutkan rumah kini , begitu juga rumah2 penduduk kg yg lain. Rumah kami terputus 2, separuh masuk ke sg pahang dan separuh lagi tersangkut di busut beberapa meter dari tapak asal. Walaupun keliling rumah dikat dengan tali kapal, rumah tetap tak dpt diselamatkan. Waktu tu kami ditempatkan di pusat pemulihan banjir di pusat perkhidmatan haiwan bukit angin. Semasa rumah akan hanyut, apak, arwah nek dan arwah tok ada menyaksikannya. Bayangkan perasaan mereka ketika melihat rumah yang dah didiami sekian lama mula terangkat dibawa arus, kemudian tali kapal yang mengikat rumah putus satu persatu, rumah ibu dan dapur terputus dua , seterusnya rumah ibu terjun ke sungai dan hilang ditelan sg pahang yg sedang ganas airnya. Setelah air surut, dan kami dibenarkan pulang ke rumah, ke mana kami nak pulang kerana rumah sudah tiada. Dengan Separuh rumah dapur tersadai tidak jauh drp situ, papan dan atap diambil utk membina pondok sementara. Begitu juga dgn penduduk kg yang lain, maka bersaparlah kami beramai2 dalam kg tersebut. Boleh dikatakan kebanyakkan rumah hanyut atau musnah dalam banjir 1970 itu. Namun usia yg masih muda tak mengerti langsung kesusahan yg dilalui ketika itu, mungkin mak dan apak menunjukkan sikap tenang dan tak nampak macam susah pun. Cuma arwah nek yang menangis meraung2 setiap 10 minit kerana teringatkan rumah yg hanyut. Bila di darjah 3, cikgu suruh cerita pengalaman yg tak dapat dilupakan, dan inilah cerita yang diberitahu di hadapan kelas . Masih ingat lagi Mr Teoh, guru kelas nampak sedih ketika mendengarnya, walaupun si pencerita bercerita dgn penuh ceria. Itulah banjir paling teruk di Malaysia, iaitu 40 tahun yg lalu.

No comments: