Alhamdulillah dipanjangkan usia dan diperkenanankan Alah SWT untuk bertemu lagi Ramadhan tahun ini. Masih teringat perasaan sayu malam last bertarawih tahun lepas , sambil dalam hati tertanya-tanya, adakah Allah SWT akan memberi lagi peluang untuk bertarawih.
Sebenarnya terlalu banyak ganjaran Allah SWT di bulan mulia ini, bagaikan pakej yang tersangat istimewa. Gandaan pahala yang dijanjikan melebihi hari2 biasa menyebabkan ramai yang berebut-rebut membuat amalan, beribadat dan bersedekah jariah. Rumah anak2 yatim menerima sedekah yang melimpah ruah, majlis berbuka puasa untuk mereka juga sampai tak henti2 sepanjang Ramadhan. Ramai juga yang lebih suka melunaskan zakat di bulan ini kerana dapat pahala berganda-ganda.
Di bulan Ramadhan juga, surau dan masjid penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat isyak dan seterusnya bertarawih. Ramai yang mengimarahkan surau dan masjid, lebih2 lagi di awal bulan puasa. Giliran moreh pulak menambahkan meriah malam lebih2 lagi bagi kanak2, yang menunggu hingga selesai 20 rakaat sebab nak ambil moreh.
Institusi pejabat, sekolah dan lain2 menganjurkan program bertadarus disepanjang bulan, di akhiri dengan majlis khatam Quran di akhir bulan. Selain bertadarus, Quran juga dibaca bersungguh2 agar boleh tamat 1 juzuk sehari dan khatam dalam bulan Ranadhan.
Pendek kata banyak amalan yang khusus dibulan Ramadhan di laksanakan, dan amalan lain yang juga dilakukan dengan ekstra.. masing2 mengharapkan amalan mereka diterima Allah SWT.
Selamat beramal di bulan yang penuh keberkatan ini, rebutlah tawaran2 istimewa sepanjang bulan ini.
WELCOME
Sunday, July 31, 2011
Monday, July 25, 2011
Pengalaman baru
Setelahbertahun-tahun menjinjinglaptop yg berat nya hampir l.5kg, Dipikomfair baru-baruni,cikgn terperasan ada sebuahlaptop comel di sebuah kiosk Lebih kuranyyg terletakagak ke hujung. Lantas cikgu bertanya pd empunya kiosk,"ini apa?" "lni tablet pc," katanya.Comel bergaYa. Ber@tnya pulak x sampai 1kg. Lebih kurang PC biasa, boleh melakukan kerja2 PC, cuma Saiznya lebih compact. key boardpun x ada. Guna touchscreen. Tapi boleh pakai Keyboard usB atau bluetooth.
Taklah terus ambik, fikir panjang jugek. Maklumlah harganya bukan skupangdua. selepas membuat keputusan Tap, banyakprogram yg nakkena download,muktamad yg rasanya betu1, the next day, pi pulakdah. sembang punya sembang, last2 jadilah ambik. Tapi x boleh ambil lagi kerana banyak program yg nak kena download.Bayar duludeposit, tapi layak juga untuk dapat kupon cabutah bertuah, tuahnya.dapat external hard disc.
Selepas beberapa hari,barulah siap dan boleh ambil. mula2 rosa susah juga. Maklumlah, x da keyboard. Kena touch screen. Kalau tangan terketaq2 lain yg nak ditouch lain pulak yg jadiknya. Tapi kalau naKhangkut Ke hulu hilir, sesuai, sebab saiznya dan tak berat. Cuma kena biasa2kan,baru lebih selesa. Macam sekarangcikgu menulisdgn jari discreen, dan tabletnimentranslate handwriting cikgu. sebabtulah aada spelling and odd mistakes here and fhere. However practice makes perfect.

Tuesday, July 19, 2011
Terima hakikat ini...Ciklon
Friday, July 8, 2011
Seminar di INFRA
seminar dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri, dikendalikan oleh Biro Tata Negara. Ini bukan kursus BTN, tetapi seminar khas untuk memberi penjelasan kepada kumpulan2 tertentu. Termasuk Kumpulan kami yang terdiri daripada penolong2 kanan dan guru2 kanan dari negeri Kedah. Dalam surat panggilanpun diberitahu, diminta menghantar seorang guru kanan dan seorang Penolong Kanan . Kali ini barulah mycikgu tengok peserta lelaki lebih ramai dari pada wanita, iaitu 2/3. Sebab kebanyakan pengurusan sekolah adalah lelaki. Macam sekolah mycikgu, daripada 9 orang, 3 sahaja perempuan.
Seminar berjalan dengan lancar, peserta2 pun nampak berlapang dada dan menerima keadaan seadanya. Pada slot Ketua Polis Negara, dia tak dapat hadir, maklumlah sekarang ni kan sibuk dengan Bersih dan perhimpunan haramnya. Tetapi slot malam yang sepatutnya peserta menyiapkan tugasan , Ketua Polis Negara dapat hadir. Alhamdulillah. Lembut orangnya, macam orang tak reti marah pun ada. Pesanannya, berhati2, fikir dahulu, kena kritis apabila mendapat maklumat, jangan percaya bulat2. Wartawanpun ada banyak jenis katanya. Ada wartawan yang suka perangkap orangpun ada. Perhimpunan haram Bersih dipengaruhi oleh pihak ketiga. Siapa? Tidak pulak diberitahu. Seperti biasa, selepas ceramah, majlis dibuka untuk soalan. Ramai juga yang bertanya soalan, antara soalan yang terbaik ialah bagaimana supaya polis dan orang ramai dapat berhubung baik? Dan cadangkan polis buatlah majlis terbuka sekali sekala. Dan KPN menjawab, memang dah beransur2 buat, hari Jumaat, polis diangkut dengan beberapa biji bas untuk sembahyang Jumaat di masjid2 tertentu. Tujuannya untuk mendekati masyarakat. Dan pagi tadi mycikgu dengar dalam berita, balai polis mengadakan hari bersama pelanggan pada hari2 tertentu setiap bulan.
Ceramah Tun Dr Mahathir pulak tiada dalam jadual. Tapi sebelum majlis bersurai pada waktu tengah hari, diumumkan, Tun Dr Mahathir akan datang petang tersebut. Mycikgu dengar ramai guru2 yang bertepuk tangan. Seronok kerana akan dapat berjumpa dengan Tun. Petang tu, pukul 5 kami dah bersiap sedia masuk ke Dewan, selepas perbincangan tugasan dalam kumpulan. Cumanya, Tun hanya sampai pukul 6 ptg. Dan mycikgu perasan nyanyian "Inilah barisan Kita' pada petang itu adalah nyanyian yang paling bersemangat, dan laungan AllahuAkbar dan hidup guru,melayu dan satu Malaysia adalah yang paling solid.
Tun menceritakan semula sejarah Malaya, bagaimana Malayan Union ditentang, oleh orang Melayu yang sudah mula sedar diri mereka dijajah. Bagaimana perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan. Penggabungan Pas-Umno dan Pas meninggalkan Umno. Dalam ceramahnya, sama dengan penceramah sebelum2 ini, tiada satu kata cerca pun yang keluar dari mulut Tun terhadap lawan politiknya. Walaupun lawan, mereka tetap dihormati. Tun juga membangkitkan perpecahan orang Melayu yang akan menyebabkan Melayu lemah, dan nanti orang asing akan mengambil tampuk pemerintahan. Sejarah akan berulang lagi dimana jawatan2 penting yang biasa dipegang oleh orang Melayu akan diambil alih orang bangsa2 lain. Dasar akan berubah, keistimewaan orang Melayu sudah tidak dijaga, akhirnya Melayu akan terus mundur dan ketinggalan, tanpa bantuan kerajaan.
Rumusannya, didalam seminar ini, peserta diingatkan jagalah perpaduan dan penyatuan sesama melayu, jangan berpecah, kerana ia akan memudahkan bangsa lain untuk mencapai agenda mereka. Fan akhirnya yang akan rugi adalah orang Melayu.

Thursday, July 7, 2011
Di INFRA
Peserta ...sseramai 221 orang sedia mendengar ceramah Datuk.. maka Datuk Aziz pun memulakan ceramah. Berkisar tentang sejarah, bagaimana kerajaan dulu2, membantu orang Melayu untuk berjaya dibidang pelajaran. Kebanyakan orang Melayu tidak berpeluang belajar tinggi, kerana tiada kesedaran, kemiskinan dan tiada kemudahan pelajaran di kampung. Post2 tinggi di pejabat, hospital malah guru sekolahpun, kurang Melayu yang memegangnya. Dah belajar tak tinggi, macam mana nak kerja tinggi.
Atas sebab ini, kerajaan mencari jalan untuk memberi pelajaran secukupnya kepada orang Melayu. Maka tertubuhlah, Sekolah berasrama penuh, sekolah sains, dan MRSM. Ramailah anak2 Melayu yang berpeluang belajar dengan keadaan yang lebih selesa. Seterusnya berjaya , dan hingga kini memegang tampuk utama, syarikat2 besar juga jawatan tertinggi dalam kerajaan. Kakitangan Melayu, di mana2 semakin ramai kerana sudah ada kelulusan untuk memegang jawatan disektor awam ataupun swasta.
Nada Pak Aziz dalam ceramahnya lembut sahaja, tiada laungan semangat , menghambur atau mengata orang lain. Pointnya direct, apa yang kerajaan terdahulu buat untuk membantu orang Melayu sehingga berjaya seperti sekarang. Beliau tiada menuduh sesiapa seperti kacang lupakan kulit. Beliau juga bukan mengungkit atau minta dibalas, tapi itulah hakikatnya. Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dulu adalah satu sejarah yang tak boleh diubah.
Selepas habis ceramah, sesi soal jawab pula dibuka. Tahniah peserta seminar, kerana semua soalan dilontar secara berhemah. Pukul 4.30 ptg, peserta dilepaskan untuk minum petang. Sesi riadah pada petang itu tiada kerana penganjur faham keadaan peserta yang masih letih kerana tiba awal subuh tadi. Maklumlah, badan dah tua2 ni, bukan boleh dipaksa sangat. Nanti lain pulak jadinya.
Sebelum maghrib, kami berkumpul disurau INFRA untuk solat berjemaah. Jamak-Qasar, dan terus masuk semua ke auditorium untuk kuliah maghrib bersama Ustad Farid Ravi.
Nada ceramahnya sama, elakkan perpecahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Cuma ada 56% sahaja orang Islam di Malaysia, tapi sekarang sudah terpecah kepada 3. Kumpulan Islam di Malaysia sudah tidak kuat kerana perpecahan ini. Oleh itu, beliau merayu, elakkanlah perpecahan. Kerana dengan bersatu kita menjadi lebih kuat. Anasir asing tak boleh lah ambil kesempatan . Selesai ceramah, ada lagi sesi soal jawab. Slot habis dalam pukul 10.30. Selepas minum malam , kami balik ke bilik, untuk berehat. Kerana hari esok, slot2 lain akan bersambung. Jadi tenaga perlu dikumpul untuk menghadapi hari esok.

Wednesday, July 6, 2011
Kursus di BangiT
Tak reti sungguh pakai baju puteh, berlemuih habih.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)