Cepat sungguh masa berlalu. Dah sampai bulan Rejab, nak masuk pertengahan pulak tu. We're to comfortable with Tahun Masehi, sampai hampir berlalunya bulan Rejab tidak disedari. Tapi balik kg hari tu, baru terperasan bila mak dan apak, sekali bibik yang dipinjam dari adik, berpuasa. So harini , Isnin, mycikgu ambil kesempatan untuk berpuasa.
Oleh kerana subuh masuk awal, mycikgu terpaksalah bangun awal untuk bersahur. Hajat di hati, sebelum tidur tu, nak makan nasi... tambah2 lagi masak lemak tempoyak makan malam tu masih berbaki lagi. Tapi bila mata masih lagi mengantuk, rasa tak lalu langsung nak makan nasi. Jadi mycikgu paksalah jugak diri makan roti dgn telur goreng. Kalau tak makan, takut nanti tak larat pulak.
Pagi2 lagi, bila sampai sekolah, dah kering rasa kerongkong, mycikgu memang kuat minum air, tambah2 lagi aircond dalam bilik mycikgu rosak masuk hari kedua. Tapi masih tahan lagi.
Balik dari sekolah, mata tak boleh nak celik dah. Mycikgu pun tidur senyenyak2nya. Dari dulu mycikgu rasa 2 nikmat yg Allah bagi kepada orang yang berpuasa ialah, tidur yang nyenyak dan bila hampir waktu berbuka.
Mycikgu masuk dapur hampir pukul 6. Selain goreng ayam berempah, mycikgu masak ikan cencaru belah belakang yang disumbat dengan sambal. Biasa2 aja menunya. Tapi berselera jugak mycikgu makan, itu nikmat kedua. Alhamdulillah, selepas puasa 6 bulan syawal yang lepas, inilah hari pertama mycikgu berpuasa pada tahun ini.
Semoga Allah memberi kesihatan , kekuatan dan kesabaran kepada mycikgu untuk meneruskan ibadah puasa sunat di bulan Rejab ini. Amin.
No comments:
Post a Comment