WELCOME



Friday, June 17, 2011

so many things but so little time...

Atas arahan atasan sejak tahun lalu, sukan mesti diadakan pada bulan Jun. Sebelum2nya, sukan diadakan diawal tahun, Februari atau selewat2nya Mac, kerana pihak sekolah mahu memberi masa untuk kelas2 tambahan waktu petang dan aktiviti kokurikulum yang lain. Lagi pun, diKedah ni bulan2 tersebut merupakan musim kering, tiada risiko hujan yang menghalang aktiviti sukan.
Oleh kerana perlu mematuhi arahan, awal tahun, diisi dengan kelas tambahan terlebih dulu, di samping aktiviti koko yang lain. Bulan Mac, mesyuarat agung PIBG. P n P seperti biasa.
Selepas cuti pertengahan tahun, bulan Jun, barulah mula nak sibuk2 uruskan sukan tahunan. Latihan mula diadakan, dan pastinya kehadiran pelajar ke latihan amat teruk, kerana pelajar semua dah tak da mood nak mai berlatih. Kenapa ya? Mungkin mereka rasa sukan ni, dah in the way , menganggu proses pembelajaran yang mereka baru terasa masa dah suntuk? Maklumlah, bulan Ogos dah peperiksaan percubaan bagi kelas2 peperiksaan.

Masalah juga bila pelajar tak mau turun berlatih.. tak boleh nak buat pemilihan peserta pun, yang mai 10% saja.
Kemudian nak kena buat pengumuman,
semua kena hadir,
atau tindakan akan dikenakan.
Tindakan apa pulak , nak kena fikir pulak dah
Bila ambil tindakan,
tentulah memakan masa dan tenaga kerja
hasil tindakan belum tentu lagi.

Mungkin masalah ni tak disedari oleh pihak atasan yang mengeluarkan arahan.
Sukan sepanjang tahun?
Banyak lagi cara lain, bukannya melalui kejohanan olahraga........

No comments: