WELCOME



Monday, January 10, 2011

Baru ku sedar....

     Tiba-tiba saja terasa banyaknya kerja... dan baru nak menyesal kenapa tak buat awal-awal masa cuti dulu. Sekarang dah terpaksa bertungkus lumus, sampai berlemuih nak menyiapkan kerja-kerja tu. Apa taknya, tetiba pengetua announce selepas perhimpunan kermarin, buku rekod yg lengkap, submit 13 Jan... aiik.. terkebil-kebil aku, bukan hari tu cakap 27 hb Jan ke?? Dah la mengajar 4 subjek ni, nak kena buat rancangan pengajaran tahunan untuk 4 subjek, dan juga kontrak latihan untuk 4 subjek... walaupun dah lama mula buat, tapi tak siap2 sampai hari ni.
      Akhirnya hari ni, ke lapan-lapan kontrak latihan dan juga rancangan pengajaran tahunan siap diprint, di buat cover cantik-cantik. Belum tampal lagi dalam buku rekod , belum buat poketnya lagi. Lepasni, tembunlah buku rekod tu, macam ikan sumbat, kena sumbat dengan dokumen-dokumen tu.
      Next, kena buat perancangan strategik pulak , 2011-2013. Kena buat dua pulak tu, sebahagian untuk sekolah dan satu full untuk panitia sendiri, yang mana aku jadi ibu tunggalnya. So, Tak bolehlah nak bedak-bedak tugas. Yang ni, satu haru biru, banyak maklumat yang nak kena cari. Dan.. due date nya so near... next week kena submit dah. Nasib baik dokumen dalam bentuk pdf dah boleh diconvert dengan mudahnya ke words. Senang sikit nak edit.
      After that, kena buat headcount. Kerana mengajar 3 kelas peperiksaan, dengan tiga subjek yang berbeza, kenalah buat headcount untuk setiap satunya. Bertambahlah rabun mata aku lepas ni, kena jegil kat komputer, tengok figures tu semua.
      Nasib baik urusan streaming fm 4 dah selesai, pagi tadi ada perhimpunan sds, dan dah maklumkan kat pelajar, selepas ni, pertukaran antara kelas sudah tidak akan dilayan. Muktamad.
      Satu hal lagi PKB, terkejut, tersentap tengok jadual pencerapan... mak oiii... sampai 5 pencerapan sebulan? Sebelum ni, 2 sahaja dan laporan dihantar 3 bulan sekali. Setat tahun ni, laporan perlu dihantar setiap bulan, semua guru perlu dipantau sekali sebulan. Wah...wah... apa ingat kami ni nazir ke? Kerja mencerap je, nazir tak pa la, mencerap ramai-ramai dan kerap-kerap, bukan nak kena mengajar pun. Kami ni, dah la ada 17 period seminggu, kena masuk relief disamping buat relief lagi, nak semak kerja dan latihan pelajar, nak sedia bahan sebelum masuk kelas, nak buat buku rekod, sedia soalan ujian/peperiksaan, semak ujian/peperiksaan , rekod, HC 1 sampai HC 5.. ish...ish.. logik ke, or ... nak suruh kami buat on paper je? Awat tak ambik nazir ramai-ramai... then tempatkan satu nazir satu sekolah, kerja nya tak da lain dah mencerap je. Taklah ganggu core business kami yg nak mengajar ni.
      Nampak gayanya tahun 2011 ni, tahun kerja bertambah. Tapi tau dah, tahun ni gaji tak bertambah sebab dah rapat ke dinding, dah orang kata.. gaji mati digred sekarang ni. Bila pulak boleh naik gred untuk rasa kenaikan gaji. Siapa yang nak cepat naik gred janganlah jadi cikgu, posting tahun 1989, gred DG 41, tahun 2005 baru dapat naik DG 44. Kerja cikgu ni kepuasannya ikut lain, siapa yan nak tahu, jadilah cikgu.

No comments: