WELCOME



Tuesday, November 9, 2010

Lebih kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kebesaran Islam iaitu Aidil Adha @ Raya Qurban @ Raya Haji. 17 Nov telah diisytiharkan hari wukuf bersamaan dengan hari RABU. Selalunya Raya ni persiapannya lebih sederhana berbanding raya Aidil Fitri, tetapi namanya dah raya, kena lah buat serba sedikit yang patut. Biskut raya dah ada 2 jenis yg di beli oleh suami dari staf pejabat dia. Untuk makanan berat di pagi raya tu last year laksa kelantan. Oleh kerana keupayaan yg agak terbatas, rasanya tahun ni nak buat sphageti dan untuk dessert trifle saja. Mudah dan tak ambil masa sangat. Siapa nak makan..makan, tak mau sudah. Sebab sphageti ni bukanlah favourite sangat kalau belah sini. So sphageti it is! Baju raya pulak, pakai yg raya puasa dulu lah. Ada yang belum pakai lagi sebab terlalu ranggi dan over. Anak2 pun macam tu jugak.
Untuk rumah pulak, wallpaper dan blinds ruang tamu tak siap-siap lagi. Janji 3 hari , la .. dah masuk 2 minggu. Kalau tak sempat pasang sebelum raya haji pun tak kesah lah, sebab tak expect guest pun. Duduk pi lah dalam living room yang tak berapa sempurna tu sapa-sapa yang mai.
Raya kedua kot ada korban yang hubby sertai ditempat kerja dia. Nak kena pi joinlah nampaknya acara tersebut. Kalau nak pi makan-makan, tak da masalah. Kalau buat kerja tu masalah lah sikit.
Kepada jemaah haji yang sudah hampir sempurna kerja hajinya, semoga mendapat haji yang mabrur dan semoga selamat kembali ke tanah air. Insyaallah jika tiada aral, kami akan menyusul mengerjakan umrah pada 15/12 hingga 28/12 nanti. Setakat ni macam2 cerita didengar jadi tak lah menaruh harapan yang tinggi menggunung. Semoga perancangan dapat dilaksanakan dgn izin Allah.

Suka-suki


Dreaming of to be magazine cover

Sunday, November 7, 2010

Musim banjir kali ini..teringat 40 tahun dulu


Musim tengkujuh atau musim pejor memang tak asing lagi di tempat kami , Temerloh. Masuk saje bulan Disember, langit bagai nak runtuh, curahan hujan lebat, sampai tak celik2 mata, hujan yg turun. Sampai berminggu2 keadaan ni, dan kami memantau paras air sungai Pahang yg cuma beberapa meter saja dari rumah. Kami ada cara sendiri utk memastikan air sungai naik atau turun. Kalau sampah atau macam yg kami panggil sapar mengalir bersama-sama kelajuan air sungai pahang , maknanya air semakin naik. Selalunya masa ni apak sibuk akan bubuh tenggala perahu bawah rumah kami, bersiap sedia untuk beroperasi sekiranya kami perlu berpindah. Selain itu juga apak buat stok makanan, selain beras, biskut 4 segi satu tin besar dan sadin adalah kemestian. Hujan-hujan selalunya lapar, jadi kerjanya seluk tin biskut. Belakang rumah kami paya, selalunya air paya naik dulu drp air sungai, jadi belakang rumah selalu naik air dulu. Zaman kanak2 , semua benda buat kita excited, begitu juga musim banjir. Bila air belakang rumah naik, duduk kat tangga belakang sambil main2 air. Dan kalau nasib baik, mak ajak ronda2 paya belakang naik perahu. Mak memang terer kemudi perahu, maklumlah dalam paya banyak tunggul, perdu tapi kami lalu dgn perahu dicelah2 semua tu tanpa sebarang masalah kerana mak memang terer kemudi perahu. Banjir tahun 1970 paling teruk kerana air sungai naik dan alirannya terlalu laju sehingga menghanyutkan rumah kini , begitu juga rumah2 penduduk kg yg lain. Rumah kami terputus 2, separuh masuk ke sg pahang dan separuh lagi tersangkut di busut beberapa meter dari tapak asal. Walaupun keliling rumah dikat dengan tali kapal, rumah tetap tak dpt diselamatkan. Waktu tu kami ditempatkan di pusat pemulihan banjir di pusat perkhidmatan haiwan bukit angin. Semasa rumah akan hanyut, apak, arwah nek dan arwah tok ada menyaksikannya. Bayangkan perasaan mereka ketika melihat rumah yang dah didiami sekian lama mula terangkat dibawa arus, kemudian tali kapal yang mengikat rumah putus satu persatu, rumah ibu dan dapur terputus dua , seterusnya rumah ibu terjun ke sungai dan hilang ditelan sg pahang yg sedang ganas airnya. Setelah air surut, dan kami dibenarkan pulang ke rumah, ke mana kami nak pulang kerana rumah sudah tiada. Dengan Separuh rumah dapur tersadai tidak jauh drp situ, papan dan atap diambil utk membina pondok sementara. Begitu juga dgn penduduk kg yang lain, maka bersaparlah kami beramai2 dalam kg tersebut. Boleh dikatakan kebanyakkan rumah hanyut atau musnah dalam banjir 1970 itu. Namun usia yg masih muda tak mengerti langsung kesusahan yg dilalui ketika itu, mungkin mak dan apak menunjukkan sikap tenang dan tak nampak macam susah pun. Cuma arwah nek yang menangis meraung2 setiap 10 minit kerana teringatkan rumah yg hanyut. Bila di darjah 3, cikgu suruh cerita pengalaman yg tak dapat dilupakan, dan inilah cerita yang diberitahu di hadapan kelas . Masih ingat lagi Mr Teoh, guru kelas nampak sedih ketika mendengarnya, walaupun si pencerita bercerita dgn penuh ceria. Itulah banjir paling teruk di Malaysia, iaitu 40 tahun yg lalu.

Tuesday, November 2, 2010

Interesting facts...

Assalamualaikum & a very good day..Something nice to share..


Recent gas exploration activity in the south east region of the Arabian desert uncovered a skeletal remains of a human of phenomenal size. This region of the Arabian Desert is called the Empty Quarter , or in Arabic, 'Rab-Ul-Khalee'.

The discovery was made by the Aramco Exploration team. As Allah states in the Quran that He had created people of phenomenal size the like of which He has not created since. These were the people of Aad where Prophet HUD was sent. They were very tall, big, and very powerful, such that they could put their arms around a tree trunk and uproot it. Later these people, who were given all the power, turned against Allah and the Prophet and transgressed beyond all boundaries set by Allah. As a result they were destroyed. Ulema's of Saudi Arabia believe these to be the remains of the people of Aad. Saudi Military has secured the whole area and no one is allowed to enter except the ARAMCO personnel. See the attachment and note the size of the two men standing in the picture in comparison to the size of the skeleton.


Fun & Info @ Keralites.net


Fun & Info @ Keralites.net

Yang menarik perhatian...

Kesian negara jiran, lepas satu..satu musibah melanda. Mereka memanggilnya kiamat kecil. Yg terakhirnya letusan gunung merapi. Di sebalik cerita letusan ni ada cerita yg menarik di mana rupa2nya, gunung ni ada penjaga atau penguncinya. Pengunci (Spiritual Guardian) ni dilantik oleh sultan tempat tersebut. Lebih dikenali dgn nama Mbah Marjan, berusia 85 tahun. Mbah bermaksud datuk. Nama sebenarnya Raden Ngabehi Surakso Hargo. Antara tugasnya ialah berkomunikasi dgn semangat gunung, mengadakan acara menghantar hadiah antaranya minyak wangi, kain dan 8 tahun sekali pelana kuda.
     Gaji untuk tugasnya hanya $1/bulan. Beliau mula terkenal bila gunung merapi memberi amaran akan meletus pada tahun 2006. Penguatkuasa mewajibkan semua berpindah termasuk Mbah Maridjan yg rumahnya cuma 5 km drp puncak gunung. Tapi beliau enggan kerana menurutnya Merapi tidak akan mengeluarkan larva, ternyata telahannya benar.
    Walaubagaimanapun, 26/10/2010 walaupun didesak supaya berpindah dia tetap enggan kerana katanya dia ada tanggung jawab dan masanya dgn merapi sudah hampir. 13 orang yg memujuknya pada hari tersebut turut terkorban. Kali akhir komunikasi dengan salah seorang pemujuk melalui telefon menyebut Mbah Mardjan sedang solat. Debu panas bersuhu 1000 degree akhirnya mengorbankan Mbah Mardjan bersama 13 org yg turut berada di rumahnya. Mbah Mardjan ditemui dalam keadaan bersujud kerana dipercayai dia sedang solat pada waktu tersebut.
Mbah Mardjan di hadapan gunung Merapi 

Ditemui dalam keadaan bersujud    
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Monday, November 1, 2010

Another bus accident..

gambar hanya hiasan
Another accident involving a bus. This time near Genting Sempah. A group of Belia 4B from Siong , Baling were the passengers. Most of them were so young, around 15 to 20 years. Only the drivers are 36 ang 52 years old on the bus. The passengers realised that there were something wrong with the bus like drops of water from the air condition, no power to climb the hill, even one of them heard the driver was warned that the brake was not in a good condition. But still they went on with the trip which took seven lives and injured many others. If they were a bit demanding, ask for a better bus, or boycott the trip, this thing wont happen. But then they were just innocent boys from Siong who were eager to go on with what they planned maybe months before. After interrogation, the driver had no driving licence and have to keep on working as bus driver to support his family, eventhough the pay is so low. Just imagine, RM120 per trip as far as Kedah-Malacca. This is a case of "we can change it" but they do not bother  or just ignore the details. As consumers, we have the rights to demand for better services, especially when safety is involved.

THE SILLIEST

I have all the time in the world, and nothing to do, or too lazy sick to do anything. So potato couch is what I am these days. I see and observe some advertisement are so silly of how they sound,seems and the way they fool the consumers. 7 silliest ads in random order:
1. ...x nak dah pakai shampoo lain
2. boleh cam tak yg mana satu baru..
3. ooh.. minyak masak rupanya (setelah terkinja2 menari)
4. iklan coklat yg naik2 kening tu..
5. amacam latihan?....yeaa
6. ehh.. lihatla perut boncit saya..
7. markah anda... tiada