Mycikgu sukalah dengan idea teknologi hijau ni. Setelah menjalankan sedikit research, daripada pemahaman mycikgu, teknologi hijau ni ialah untuk meminimumkan input bagi mengeluarkan sesuatu produk. Lebih-lebih lagi jika input tu boleh menjejaskan alam sekitar kita yang sudah semakin tua dan semakin uzur ni. Jika kita dapat menjimatkan input, kita dapatlah menjimatkan sumber-sumber semula jadi. Bagi mycikgu, senang ja. Inilah amalan-amalan yang mycikgu nak jalankan sebagai sumbangan mycikgu untuk program teknologi hijau:
1. Semasa memasak, masakan kenalah ringkas. Tak perlu masak hidangan yang memakan masa berjam-jam lamanya, untuk menjimatkan gas. Masa memasak, tutup periuk tu, lauk cepat masak dan vitaminpun tak hilang. Jangan masak terlalu banyak lauk-pauk, cukup sejenis sahaja yang mengandungi semua nutrien yang kita perlukan seperti tomyam ke, sup ayam campur sayuran ke, sayur goreng yang ditambahkan udang atau ayam ke. Sedap, ringkas dan menjimatkan masa dan tenaga. Tambahkan juga hidangan yang tak perlu dimasak, seperti sambal belacan, air asam, ulam, salad, acar mentah, buah-buahan potong dan banyak lagi idea yang boleh difikirkan.
2. Bila perlu memandu kereta, plan dulu perjalanan supaya urusan dapat dibuat tanpa perlu pergi balik-pergi balik kerana terlupa itu dan ini. Dahlah petrol mahal ni. Kalau cuma ada satu sahaja urusan yang perlukan kita berkereta, kalau boleh tangguh-tangguhkan. Kumpul banyak-banyak dulu baru buat. Selain dapat jimat petrol, kita dapat pelihara keadaan tayar kereta, kurangkan pencemaran alam akibat pengeluaran karbon monoksida dari ekzos, mengurangkan peningkatan haba akibat pembakaran bahan api kereta kita. Jika nak isi minyak pula, isi awal pagi atau lewat petang, jangan isi masa tengah hari panas meruap-ruap tu, Minyak cepat habis. Dan dalam kereta pula, janganlah jadikan rumah atau setor kedua pula, segala-galanya ada. Kerana ini akan menambah beban berat kereta seterusnya makan petrol dan tayarpun cepat haus. Mycikgu akan cuba mengatur sekiranya ada keperluan seperti kedai tempah baju, grosery, stesen minyak , kedai fotostat berada dalam laluan antara rumah mycikgu ke sekolah agar mycikgu tak perlu pergi extra miles untuk dapatkan keperluan-keperluan tersebut.
3. Mycikgu dah lama tak beli newspaper atau majalah. Kenapa? Kerana semuanya ada di internet. Ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, jadi kuranglah permintaan pokok-pokok yang diperlukan untuk membuat kertas. Kalau ramai yang buat macam mycikgu ni, mungkin ramai juga yang kena tukar profesion , driver lori surat khabar, penjual surat khabar, pencetak surat kabar, mekanik mesin pencetak surat khabar, dan lain-lain lagi lah. Susah juga macam ni ya. Begitu juga semasa membuat kerja-kerja perkeranian, biasalah kerjaya guru ni, mycikgu akan kurangkan penggunaan kertas sebagai hard copy. Bolehke mycikgu buat lesson plan dalam bentuk soft copy dan emailkan kepada pengetua untuk di semak? Kalau nazir datang nak cek pulak, mycikgu buka laptop je lah. Soalan ,latihan, dan nota pulak mycikgu tak mau bagi dalam bentuk handout. "Murid-murid rujuk dalam laman web Mycikgukitastudy untuk kerja rumah harini. Jawapan kamu hendaklah di email kepada mycikgu selewat-lewatnya sebelum pukul 12.00 tengah malam Selepas 12.00 tengah malam cikgu nak marking dah." Boleh ke tu. Cuba lah dulu.Tak banyak sangat guna kertas. Dan nama Kementerian, ke, pejabat ke, organisasi ke , jangan ubah banyak-banyak kali sangat. Membazir nak buat letterhead baru.
4. Kurangkan penggunaan air. Maksud di sini, bukan tak bagi mandi atau basuh baju. Tapi ada cara lain lagi. Contohnya, air basuh beras, yang ditinggalkan semalaman jika dijiruskan ke pokok orkid, hee , sukanya dia. Berbunga tak berhenti. Air basuh ikan pula guna untuk siram sayur-sayuran. Tak perlu keluarkan duit untuk beli baja. Tadahan air hujan, boleh buat basuh longkang dan siram pokok. Mandi guna shower pula lebih jimat daripada mandi guna gayung.
5. Letrik, hmm.. yang ini kena latih sejak kecil lagi. Jika sesuatu ruang tu tak digunakan, padamkan lampu dan kipas. Jangan biarkan lampu dan kipas menerangi dan mengipas tilam bantal yang tak tau apa-apa tu. Seterika baju pula, jangan nak pakai sehelai, seterika sehelai. Himpun dan seterika untuk seminggu, ini menjimatkan letrik. Oh ya , kalaulah boleh pergi mengajar pakai t-shirt dan pants saja, tentu tak perlu iron kan. Jimat, tak panas dan selesa. Kat tempat kerjapun tak perlu pasang aircond. Mycikgu rasa perkara ini dah diamalkan dahpun di Jepun dan Korea. Dan lampu-lampu iklan billboard tu tak perlu pasang sampai ke pagi. Pasang takat pukul 12.00 tgh malam sudah. Jimatkan. Jangan biarkan TV, komputer dipasang jika tiada yang menggunakannya. Membazir saja. Dalam peti ais pulak, jangan overload dengan benda-benda yang tak boleh digunakan lagi. Beli barang basah secara kerap. Peti ais tak perlu guna elektrik yang banyak, makanan pulak garenti fresh.
Okay, cukuplah dulu 5 kaedah mycikgu nak amalkan untuk menyumbang kepada program teknologi hijau ni. Banyak-banyak sangat tak terbuat pula. Bersama kita menjaga alam sekitar.
No comments:
Post a Comment