1. Untuk menangkap kutu pada kucing, lembabkan hujung cotton bud dengan losyen, calit pada kutu, ini melumpuhkan kutu tersebut dan mudah ditangkap.
2. Semasa memandikan kucing, mulakan menyabun pada tengkuk dan lehernya untuk mengelakkan kutu lari naik ke muka atau kepala. Bahagian ini tidak dimandikan takut mudarat.
3.Jika kucing keracunan , contohnya termakan rumput yang disembur racun jiran sebelah, beri kucing minum air kelapa. Basuh mukanya sekali dengan air kelapa tersebut. Ini dapat mengurangkan kesan racun.
4. Bila kucing sakit dan demam, dan susah makan ubat, hancurkan ubat biji di atas kertas, ngangakan mulut kucing, tuang ubat ke dalam mulutnya. Lebih mudah.
5. Untuk mengelakkan mulut kucing busuk akibat makan ikan rebus, semasa merebus ikan, masukkan kepingan kecil asam keping.
6. Sekiranya kucing berkelahi, biasanya kucing jantan, dan terdapat gigitan pada mana-mana bahagian badan, lekas bawa ke vet , untuk dapatkan suntikan antibiotik. Kerana kesan gigitan ini cepat tertutup dan memerangkap kuman di dalamnya menyebabkan bahagian tersebut membengkak dan menanah.
7. Jangan beri kucing makan masakan berminyak seperti nasi goreng, ikan goreng kerana bulu kucing mudah luruh kerana makanan berminyak.
No comments:
Post a Comment