WELCOME



Thursday, August 21, 2008

Lawatan ke Medan

Pada cuti sekolah yang baru ni, mycikgu dan rakan-rakan berkesempatan makan angin ke Medan Indonesia. Kami pergi daripada 17/8/2008 hingga 20/8/2008 dengan Agensi pelancongan Jagungmas yang beroperasi di Alor Star. Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi setelah berkumpul di hadapan Pejabat Pos , Pendang. Setelah berhenti solat subuh dan sarapan di R&R Gurun, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan kami lancar memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad, merupakan hujung minggu di Pulau Pinang, jadi lalu lintas agak lengang.




Penerbangan kami pada pukul 10.00 pagi dengan Kartika Airline.






Masa penerbangan hanya 35 minit. Setibanya kami di Lapangan Terbang Polonia, Medan, pemandu pelancong kami telah menunggu untuk menguruskan perjalanan kami yang seterusnya.
Memandangkan masih awal untuk check in di hotel, kami dibawa ke beberapa destinasi. Tempat pertama yang kami lawati ialah Istana Maimun. Iaitu istana Sultan Deli. Memandangkan Indonesia sudah menjadi sebuah Republik, Sultan sudah tidak relevan lagi dalam urusan pemerintahan, tetapi masih lagi menjadi simbol tentang kewujudan kesultanan suatu waktu dahulu. Istana Maimun di buka untuk pelancong. Rupa-rupanya, keluarga di Raja Deli mempunyai pertalian yang rapat dengan keluarga-keluarga raja di Tanah Melayu melalui ikatan perkahwinan.





Istana Maimun di belakang.

Ramai pelawat pada hari tersebut , termasuk penduduk tempatan kerana 17 Ogos 2008 adalah tarikh ulang tahun ke 63 Republik Indonesia dan merupakan hari kelepasan am.



Di restoran Minang, untuk makan tengah hari.



Waktu di Medan satu jam lebih lewat dari waktu di Malaysia, oleh itu walaupun jam baru pukul 12.00, mycikgu dan rakan-rakan telah lapar. Kami di bawa ke sebuah restoran Minang untuk menikmati menikmati makan tengah hari. Yang menariknya tentang cara sajian mereka ialah setiap orang disediakan satu mangkuk kecil untuk membasuh tangan. Di dalam air tersebut diletakkan hirisan limau nipis. Satu cara yang berkesan untuk menghilangkan bau makanan yang terlekat di tangan selepas makan. Makanan di restoran ini lazat dan banyak jenis lauk-pauknya. Semua ahli kumpulan mycikgu nampak berpuas hati dengan sajian ini. Maklumlah tengah lapar.













Selepas itu, kumpulan mycikgu dibawa pula ke pasar ikan. Namanya sahaja pasar ikan, tetapi merupakan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, batik, pelikat, tudung, telekung dan berbagai lagi. Sayang sekali pada hari tersebut, hanya satu kedai
sahaja yang dibuka. Kedai lain tutup kerana cuti Kemerdekaan.
Durian runtuhlah nampaknya kedai tersebut kerana semua
shopping di situ. Kalau sebut tentang shopping selalunya dikaitkan dengan perempuan, tetapi mycikgu tengok , kawan-kawan yang lelakipun, pulun juga. Setelah habis shopping barulah kami di bawa check in di hotel Madani. Hotel ini terletak di seberang Masjid Raya, Medan. Salah sebuat masjid tertua di bandar ini. Keadaan bandar Medan masih lagi lengang kerana menurut Pak Lompor , pemandu pelancong kami, kalau cuti umum, ramai warga kota Medan ke tempat-tempat peranginan seperti Parapat dan Brastagi.







Waktu malamnya kami di bawa makan malam ke sebuah restoran (Jika di sini dipanggil Kedai Makan) .
Namanya Lubok Idai.

Restoran ini terkenal dengan masakan ikan dan ayam bakar serta sayur-mayur kampung. Sekali lagi kami disajikan dengan hidangan yang eeenak bangat! Ikan tilapia bakar, ikan bakar, sayur goreng, buah jering masak lemak dengan tempe dan banyak lagilah. Minuman yang terkenal di sini ialah jus rasa-rasa , iaitu jus buah-buahan campuran. mycikgu rasa mungkin durian belanda, betik, nenas, dan entah apa-apa lagi semuanya dalam satu gelas. Harganya, lebih kurang RM 3.40 duit kita (10 ribu rupiah). Selepas makan bersila enaknya bersandar dipenyandar belakang yang memang dibuat selesa untuk bersandar sambil berlunjur kaki di bawah meja. Mungkin restoran di Malaysia boleh cuba cara ini untuk memikat pengunjung.


Setelah balik ke hotel, acara bebas. Ada yang cuma berehat di hotel, ada yang menyambung aktiviti shopping di supermarket berhampiran. Ramai yang tunggu di hotel malam tersebut untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton yang mana (Dato) Lee Chong Wei memenangi pingat perak untuk Malaysia.






Hari ke dua:

7.30 pagi esoknya, mycikgu dan rakan-rakan berkumpul semula untuk dibawa dengan bas dalam perjalanan hampir 4 jam melawat Parapat di mana terletaknya Danau Toba yang terkenal dengan keindahannya. Di sana, kami menaiki bot ke Pulau Samosir menaiki bot. Pemandangan di sepanjang pelayaran memang indah. Perjalanan hampir 1 jam dan kami sampai ke Ambarita, sebuah perkampungan Batak. Selain melawat perkampungan Batak, ada juga kedai-kedai yang menjual cenderahati. Peniaga di sini begitu beria-ia memujuk kumpulan mycikgu untuk membeli barang jualan mereka. Suasana di sini agak lengang, memandangkan hanya bot kami sahaja yang mendarat di situ. Pelancong lain mungkin sudah balik atau belum sampai.












end of this article....






























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments: