WELCOME



Monday, August 11, 2008

LAKSA PENANG

Cuba buat LAKSA PENANG
Bahan-Bahan:
1 kg laksa (dicelur)1 kg ikan kembung,2 batang bunga kantan, keping asam gelugur,10 biji cili padi, 1 tangkai daun kesum, 2 sudu besar Oyster sauce, 2 batang serai (diketuk)
4 liter air,1 biji timun (dihiris),sedikit daun salad (dihiris),2 biji bawang besar (dihiris), daun selom,2 sudu besar cili boh,4 biji telur rebus.Garam secukup rasa
Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya ; kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, oyster sauce ; air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam ; masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk ; tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun, hirisan bawang, hirisan bunga kantan, daun selom dan telur rebus.

1 comment:

MY NAME FAJAR SETIAWAN said...

HAI GI PAIN NI??? KENALKAN SAYA FAJAR