WELCOME



Sunday, August 31, 2008

Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak


Ihya Ramadhan. Mycikgu mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam walau di mana berada. Semoga ibadah puasa pada tahun ini dapat dilalui dengan penuh keberkatan.

Tuesday, August 26, 2008

MERDEKA !!!!!


mycikgu mengucapkan selama menyambut hari Kemerdekan yang ke 51 kepada semua warga Malaysia di mana jua berada. Semoga Malaysia terus maju, aman, damai dan sejahtera. Insyaallah.
MERDEKA!!!! (7 KALI)

Thursday, August 21, 2008

..sambungan lawatan ke Medan

HARI KE DUA:



Selepas makan tengah hari di Parapat, mycikgu and gang naik bot untuk melawat ke Pulau Samosir di tengah Danau Toba. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Tempat pertama yang kami lawati ialah Ambarita.







Inilah rupa bot yang kami naiki. Keadaan air tenang dan its a smooth sailing. Dalam pelayaran ada seniman tasik yang menghiburkan kami dengan alunan lagu tradisi batak dan juga moden. Tapi kena beri sumbangan ikut ikhlas hati. Suhu agak sejuk dan berangin.







Di Ambarita, kami melawat perkampungan Batak. Inilah rupa bentuk rumah asal mereka. Ubahsuai dilakukan di bahagian belakang sementara bahagian hadapan dikekalkan untuk pelancong. Selepas itu kami ke Tomok. Ada kawasan perkuburan Raja Batak dan juga gerai cendera hati.





Setelah itu kami balik dan check in di Hotel Danau Toba. Inilah pemandangan sun set dari bilik mycikgu menginap.








Oleh kerana letaknya hotel ini di kawasan berbukit, banyaklah anak tangga yang terpaksa di naiki atau turuni untuk ke mana-mana.





Ini anak tangga yang dipuncaknya restoran hotel tempat kami makan malam dan sarapan.





Pemandangan dari bilik mycikgu. Tengok air tasik ni mycikgu rasa nak bersajak " I will arise, and go now, to the lake of Innesfree....
I could hear the water lapping...."


Naik bukit lagi, nak pergi sarapan lah ni.






HARI KE TIGA:

Bagi yang sudah bersarapan, tunggu nak naik bas untuk ke Brastagi.









Sempat posing beramai-ramai sebelum naik bas ke Brastagi.








Sebelum tu, ini rupa bumbung rumah batak. Hiasannya ukiran figure yang mengandungi cuma 3 warna. Putih, hitam dan merah. Simbol kepada kehidupan sebelum, semasa dan selepas.







On the way ke Brastagi, kami singgah di satu tempat tu untuk minum sejenis teh yang dipanggil teh halia. (Penduduk tempatan sebut teh jahe). Inilah ramuan-ramuan teh tersebut. Bau macam sup, tapi bila diminum rasanya manis. Rasanya agak pedas di lidah. Bila diminum badan terasa panas. Mungkin melancarkan perjalanan darah, .. dan juga angin dalam badan.




Ini merupakan penghujung tasik Danau Toba yang sepanjang 100 km. Dalamnya 450 meter dan luasnya 40 km. Pulau Samosir di tengahnya 3 kali keluasan Singapura. Jika mengelilingi Danau Toba dengan bas, ambil masa 3 hari, 3 malam , baru sampai satu pusingan.






Sebelum sampai ke Brastagi singgah untuk menyaksikan air terjun tertinggi di sini. Namanya air terjun Si Piso-Piso. Maknanya pisau. Mungkin kerana turunnya tajam macam pisau, atau cerita tentang seorang askar Jepun yang melakukan harakiri dengan pedang samurai di atas bukit berhampiran.




Dah sampai di Brastagi. Selepas makan tengah hari di Hotel Danau Toba cawangan Brastagi, singgah di pasar buah. Bukan jual buah sahaja, ada bunga-bungaan dan juga binatang peliharaan seperti arnab dan hamster.






Ada juga kereta kuda yang boleh disewa. Kalau naik keliling pasar buah bayarannya 15 000 rupiah. Lebih kurang RM 5.00.






Kami tak berhenti lama di Brastagi, kerana mengejar masa untuk balik semula ke Medan. Aktiviti shopping perlu diteruskan kerana hari pertama dulu, kedai-kedai ditutup sempena cuti kemerdekaan ke 63. Perjalanan turun dari Brastagi ke Medan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalannya pula bengkang-bengkok dan sempit. Sampai di Medan, check in ke hotel Garuda plaza. Pukul 5.00 petang , baru keluar semula ke pasar ikan. Pasar ikan tutup awal, lebih kurang pukul 6.00 peniaganya sudah mula berkemas-kemas untuk menutup kedai. Namun kami sempat juga membeli apa yang dihajati.

HARI KEEMPAT:
Awal pagi esoknya, pukul 6.30 pagi waktu Medan kami sudah bertolak ke airport kerana flight pukul 7.35 pagi. Nak check in bagasi tentu lebih lama kerana beg yang masa datang dulu hanya satu, sekarang dan jadi tiga atau empat.







Sambil check in, di airport, sempat juga bergambar kenangan.









Bergambar bersama tourist guide kami yang pandai buka cerita semasa perjalanan di atas bas bagi menghilangkan bosan.








The trip is a success. I think everyone is satisfied.









Dan berharap akan melancong bersama-sama lagi pada masa akan datang.








Thank you everyone for being a nice company.







Mycikgu hope everyone will have sweet memories of this tour.







As for Jagungmas family, and Pak Lompor, thank you for taking good care of us during our journey. Alhamdullillah, semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang jam 12.00 tengah hari.























Lawatan ke Medan

Pada cuti sekolah yang baru ni, mycikgu dan rakan-rakan berkesempatan makan angin ke Medan Indonesia. Kami pergi daripada 17/8/2008 hingga 20/8/2008 dengan Agensi pelancongan Jagungmas yang beroperasi di Alor Star. Kami bertolak pada pukul 5.30 pagi setelah berkumpul di hadapan Pejabat Pos , Pendang. Setelah berhenti solat subuh dan sarapan di R&R Gurun, kami meneruskan perjalanan dan tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan kami lancar memandangkan hari tersebut adalah hari Ahad, merupakan hujung minggu di Pulau Pinang, jadi lalu lintas agak lengang.




Penerbangan kami pada pukul 10.00 pagi dengan Kartika Airline.






Masa penerbangan hanya 35 minit. Setibanya kami di Lapangan Terbang Polonia, Medan, pemandu pelancong kami telah menunggu untuk menguruskan perjalanan kami yang seterusnya.
Memandangkan masih awal untuk check in di hotel, kami dibawa ke beberapa destinasi. Tempat pertama yang kami lawati ialah Istana Maimun. Iaitu istana Sultan Deli. Memandangkan Indonesia sudah menjadi sebuah Republik, Sultan sudah tidak relevan lagi dalam urusan pemerintahan, tetapi masih lagi menjadi simbol tentang kewujudan kesultanan suatu waktu dahulu. Istana Maimun di buka untuk pelancong. Rupa-rupanya, keluarga di Raja Deli mempunyai pertalian yang rapat dengan keluarga-keluarga raja di Tanah Melayu melalui ikatan perkahwinan.





Istana Maimun di belakang.

Ramai pelawat pada hari tersebut , termasuk penduduk tempatan kerana 17 Ogos 2008 adalah tarikh ulang tahun ke 63 Republik Indonesia dan merupakan hari kelepasan am.



Di restoran Minang, untuk makan tengah hari.



Waktu di Medan satu jam lebih lewat dari waktu di Malaysia, oleh itu walaupun jam baru pukul 12.00, mycikgu dan rakan-rakan telah lapar. Kami di bawa ke sebuah restoran Minang untuk menikmati menikmati makan tengah hari. Yang menariknya tentang cara sajian mereka ialah setiap orang disediakan satu mangkuk kecil untuk membasuh tangan. Di dalam air tersebut diletakkan hirisan limau nipis. Satu cara yang berkesan untuk menghilangkan bau makanan yang terlekat di tangan selepas makan. Makanan di restoran ini lazat dan banyak jenis lauk-pauknya. Semua ahli kumpulan mycikgu nampak berpuas hati dengan sajian ini. Maklumlah tengah lapar.













Selepas itu, kumpulan mycikgu dibawa pula ke pasar ikan. Namanya sahaja pasar ikan, tetapi merupakan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, batik, pelikat, tudung, telekung dan berbagai lagi. Sayang sekali pada hari tersebut, hanya satu kedai
sahaja yang dibuka. Kedai lain tutup kerana cuti Kemerdekaan.
Durian runtuhlah nampaknya kedai tersebut kerana semua
shopping di situ. Kalau sebut tentang shopping selalunya dikaitkan dengan perempuan, tetapi mycikgu tengok , kawan-kawan yang lelakipun, pulun juga. Setelah habis shopping barulah kami di bawa check in di hotel Madani. Hotel ini terletak di seberang Masjid Raya, Medan. Salah sebuat masjid tertua di bandar ini. Keadaan bandar Medan masih lagi lengang kerana menurut Pak Lompor , pemandu pelancong kami, kalau cuti umum, ramai warga kota Medan ke tempat-tempat peranginan seperti Parapat dan Brastagi.







Waktu malamnya kami di bawa makan malam ke sebuah restoran (Jika di sini dipanggil Kedai Makan) .
Namanya Lubok Idai.

Restoran ini terkenal dengan masakan ikan dan ayam bakar serta sayur-mayur kampung. Sekali lagi kami disajikan dengan hidangan yang eeenak bangat! Ikan tilapia bakar, ikan bakar, sayur goreng, buah jering masak lemak dengan tempe dan banyak lagilah. Minuman yang terkenal di sini ialah jus rasa-rasa , iaitu jus buah-buahan campuran. mycikgu rasa mungkin durian belanda, betik, nenas, dan entah apa-apa lagi semuanya dalam satu gelas. Harganya, lebih kurang RM 3.40 duit kita (10 ribu rupiah). Selepas makan bersila enaknya bersandar dipenyandar belakang yang memang dibuat selesa untuk bersandar sambil berlunjur kaki di bawah meja. Mungkin restoran di Malaysia boleh cuba cara ini untuk memikat pengunjung.


Setelah balik ke hotel, acara bebas. Ada yang cuma berehat di hotel, ada yang menyambung aktiviti shopping di supermarket berhampiran. Ramai yang tunggu di hotel malam tersebut untuk menyaksikan perlawanan akhir badminton yang mana (Dato) Lee Chong Wei memenangi pingat perak untuk Malaysia.






Hari ke dua:

7.30 pagi esoknya, mycikgu dan rakan-rakan berkumpul semula untuk dibawa dengan bas dalam perjalanan hampir 4 jam melawat Parapat di mana terletaknya Danau Toba yang terkenal dengan keindahannya. Di sana, kami menaiki bot ke Pulau Samosir menaiki bot. Pemandangan di sepanjang pelayaran memang indah. Perjalanan hampir 1 jam dan kami sampai ke Ambarita, sebuah perkampungan Batak. Selain melawat perkampungan Batak, ada juga kedai-kedai yang menjual cenderahati. Peniaga di sini begitu beria-ia memujuk kumpulan mycikgu untuk membeli barang jualan mereka. Suasana di sini agak lengang, memandangkan hanya bot kami sahaja yang mendarat di situ. Pelancong lain mungkin sudah balik atau belum sampai.












end of this article....






























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Thursday, August 14, 2008

Mardi CH

Strawberi di Mardi CH

Monday, August 11, 2008

NASI LEMAK

Nasi lemak
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search


Nasi Lemak, here served with fish cake, ikan bilis, egg, and buah keluak chicken.
Nasi lemak is a dish that is commonly sold in Malaysia, Brunei, Singapore and Southern Thailand. In fact, it has been called the national dish of Malaysia (though such claim is unheard of outside of Kuala Lumpur). In the East Coast of Malaysia, Terengganu and Kelantan, their version is called Nasi Dagang although this claim is never acknowledged by anyone as both dishes can usually be found sold side by side for breakfast. There is a similar dish in Indonesia called nasi uduk.
With roots in Malay culture, its name is a Malay word that literally means 'rice in cream'. The name is derived from the cooking process whereby rice is soaked in rich coconut cream and then the mixture steamed. Sometimes knotted screwpine (pandan) leaves are thrown into the rice while steaming to give it more fragrance. Spices such as ginger (common in Malay cuisine) and occasionally herbs like lemon grass may be added for additional fragrance.
Traditionally, this comes as a platter with cucumber slices, small dried anchovies (ikan bilis), roasted peanuts, stir fried water convolvulus (kangkong), hard boiled egg, pickled vegetables (achar) and hot spicy sauce (sambal). Nasi lemak can also come with any other accompaniments such as chicken, cuttlefish, cockle, beef curry (beef stewed in coconut milk and spices) or paru (beeflungs). Traditionally most of these accompaniments are spicy in nature.
Nasi Lemak can be found widely in Malaysia. Even the primary food that is sold to students at Malaysian Schools are also Nasi Lemak. Nasi lemak is traditionally a breakfast dish, and it is sold early in the morning at roadside stalls in Malaysia, where it is often sold packed in newspaper, brown paper or banana leaf. However, there are restaurants which serve it on a plate as noon or evening meals, making it possible for the dish to be treated as a delicacy. Nasi lemak panas which means hot nasi lemak is another name given to nasi lemak served with hot cooked rice.
[edit] Different versions
Due to its fame and widespread availability, Nasi Lemak comes in different versions if prepared by different chefs. Hotels have nasi lemak on their menu with elaborate dishes, such as beef rendangs and the addition of other seafood, while humble roadside stalls also sell them ready packed, known as "Nasi Lemak Bungkus" which literally means "Wrapped Nasi Lemak" which contain minimal additions that costs between Ringgit Malaysia 1 to 7 per pack. Due to Malaysia and Singapore being multi-racial, both the Malaysian/Singaporean Chinese and Malaysian/Singaporean Indians have come up with their own versions.

[edit] Malaysian Indian version
The Malaysian Indian version is very similar to the original version but as Hindus cannot consume beef, it is omitted. Even Malaysian Indian-Muslim restaurants, or more known as mamaks, refuse to serve beef in their premises, citing Hindu customers, to solve this problem usually people will replace beef meal with dishes made from fish, beef curry would then be replaced with fish curry.
[edit] Malaysian Chinese version
Although it is not common to see Malaysian Chinese stalls/restaurants selling nasi lemak, in towns and cities such as Malacca and certain parts of Kuala Lumpur, there are Malaysian Chinese versions of Nasi Lemak which is non-halal as the Malaysian Chinese version normally contains pork in place of beef and/or other meat, with the chilli more spicy. Some Malaysian Chinese hawkers are known to make minced-pork sambal.
[edit] Vegetarian version
In certain parts of Kuala Lumpur some Malaysian Chinese and Malay hawkers have started nasi lemak stalls that offer vegetarian nasi lemak, with the sambal prepared totally without meat.

SAINSPERTANIAN

PERTANIAN DI MALAYSIA
Kepentingan pertanian
• Nyatakan empat kepentingan pertanian kepada negara.
Tanaman & ternakan
• Nyatakan kawasan penanaman utama tanaman dan ternakan berikut :
(a) Getah
(b) Kelapa sawit
(c) Padi
(d) Sayuran
(e) Koko
(f) ayam
(g) Khinzir
• Terangkan secara ringkas empat faktor yang mempengaruhi taburan tanaman
dan ternakan di Malaysia.
Trend pertanian
• Nyatakan trend pertanian di Malaysia.
• Jelaskan empat trend pertanian di Malaysia.
Isu pertanian
• Nyatakan isu pertanian di Malaysia.
• Jelaskan secara ringkas isu pertanian di Malaysia
Institusi pertanian
• Nyatakan peranan institusi pertanian berikut :
(a) PORIM
(b) BPM (agrobank)
(c) FAMA
(d) JPS
(e) MARDI
(f) JP
(g) JPH
(h)LPP
• Huraikan secara ringkas peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian.

LAKSA PENANG

Cuba buat LAKSA PENANG
Bahan-Bahan:
1 kg laksa (dicelur)1 kg ikan kembung,2 batang bunga kantan, keping asam gelugur,10 biji cili padi, 1 tangkai daun kesum, 2 sudu besar Oyster sauce, 2 batang serai (diketuk)
4 liter air,1 biji timun (dihiris),sedikit daun salad (dihiris),2 biji bawang besar (dihiris), daun selom,2 sudu besar cili boh,4 biji telur rebus.Garam secukup rasa
Cara:
Rebus ikan kembung hingga lembut. Buangkan tulangnya ; kisar isi ikan hingga halus. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, oyster sauce ; air ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 20 minit. Kemudian masukkan isi ikan, garam ; masak lagi selama 10 minit. Masukkan laksa ke dalam mangkuk ; tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun, hirisan bawang, hirisan bunga kantan, daun selom dan telur rebus.