WELCOME



Tuesday, June 28, 2011

PRA KEJOHANAN SMKSI

Balik dari perayaan hari guru daerah, cikgu tengok kemah sudah siap terpasang, satu kemah untuk satu rumah sukan.   
   
Tiada pertandingan kemah tercantik untuk tahun ini. Untuk menjimatkan masa dan kos, hanya ada pertandingan perbarisan sahaja. Johan dan naib akan dapat hamper.
Pasukan Bantu mula sedang bersedia, PBSM segak bergaya.
 Hari ini ada acara 400 m dan 1500m. Selalunya dalam acara ni, ramailah yang pengsan atau rebah. Jadi PBSM amat diperlukan. Sampai ada yang kena ke hospital dengan ambulan petang tadi. Alhamdulillah , dah discharge. Cuma kepenatan melampau saja. Setelah dimasukkan gas, dan air, pulih dan dibenarkan pulang.

Hakim penamat ke ni? Selain guru, pelajar pra U turut jadi pembantu guru. Sebab mereka tidak berdaftar dengan mana-mana rumah sukan.

Yang ni pulak pencatat. Tengah sibuk mencatat tu.

Ni pun hakim jugak, ambil kesempatan duduk dulu kerana 1500 m lambat lagi nak sampai.

Amboii... dua orang pemayung cikgu ni.

Penyampaian hadiah 400 m kelas 1 perempuan

Ni peserta tarik tali, kalau tengok size, gang yang baju merah tu mesti menang ni..
Pukul 6 petang, tamatlah acara untuk hari pra kejohanan. Jumpa lagi hari Khamis, iaitu hari kejohanan. Walaupun awalnya dah kurang mood untuk bersukan, tapi nampaknya pelajar mahupun guru nampaknya menghabiskan masa di padang dengan seronok dan dipenuhi hilai ketawa. Baguslah. kalau kerja serius je, tension juga. Kata PPD, dia dah sebar wabak exam fever, tapi nak exam fever macammana kalau sukanpun tak settle lagi kan..

Friday, June 17, 2011

so many things but so little time...

Atas arahan atasan sejak tahun lalu, sukan mesti diadakan pada bulan Jun. Sebelum2nya, sukan diadakan diawal tahun, Februari atau selewat2nya Mac, kerana pihak sekolah mahu memberi masa untuk kelas2 tambahan waktu petang dan aktiviti kokurikulum yang lain. Lagi pun, diKedah ni bulan2 tersebut merupakan musim kering, tiada risiko hujan yang menghalang aktiviti sukan.
Oleh kerana perlu mematuhi arahan, awal tahun, diisi dengan kelas tambahan terlebih dulu, di samping aktiviti koko yang lain. Bulan Mac, mesyuarat agung PIBG. P n P seperti biasa.
Selepas cuti pertengahan tahun, bulan Jun, barulah mula nak sibuk2 uruskan sukan tahunan. Latihan mula diadakan, dan pastinya kehadiran pelajar ke latihan amat teruk, kerana pelajar semua dah tak da mood nak mai berlatih. Kenapa ya? Mungkin mereka rasa sukan ni, dah in the way , menganggu proses pembelajaran yang mereka baru terasa masa dah suntuk? Maklumlah, bulan Ogos dah peperiksaan percubaan bagi kelas2 peperiksaan.

Masalah juga bila pelajar tak mau turun berlatih.. tak boleh nak buat pemilihan peserta pun, yang mai 10% saja.
Kemudian nak kena buat pengumuman,
semua kena hadir,
atau tindakan akan dikenakan.
Tindakan apa pulak , nak kena fikir pulak dah
Bila ambil tindakan,
tentulah memakan masa dan tenaga kerja
hasil tindakan belum tentu lagi.

Mungkin masalah ni tak disedari oleh pihak atasan yang mengeluarkan arahan.
Sukan sepanjang tahun?
Banyak lagi cara lain, bukannya melalui kejohanan olahraga........

Monday, June 13, 2011

Bulan Rejab

Cepat sungguh masa berlalu. Dah sampai bulan Rejab, nak masuk pertengahan pulak tu. We're to comfortable with Tahun Masehi, sampai hampir berlalunya bulan Rejab tidak disedari. Tapi balik kg hari tu, baru terperasan bila mak dan apak, sekali bibik yang dipinjam dari adik, berpuasa. So harini , Isnin, mycikgu ambil kesempatan untuk berpuasa.
Oleh kerana subuh masuk awal, mycikgu terpaksalah bangun awal untuk bersahur. Hajat di hati, sebelum tidur tu, nak makan nasi... tambah2 lagi masak lemak tempoyak makan malam tu masih berbaki lagi. Tapi bila mata masih lagi mengantuk, rasa tak lalu langsung nak makan nasi. Jadi mycikgu paksalah jugak diri makan roti dgn telur goreng. Kalau tak makan, takut nanti tak larat pulak.
Pagi2 lagi, bila sampai sekolah, dah kering rasa kerongkong, mycikgu memang kuat minum air, tambah2 lagi aircond dalam bilik mycikgu rosak masuk hari kedua. Tapi masih tahan lagi.
Balik dari sekolah, mata tak boleh nak celik dah. Mycikgu pun tidur senyenyak2nya. Dari dulu mycikgu rasa 2 nikmat yg Allah bagi kepada orang yang berpuasa ialah, tidur yang nyenyak dan bila hampir waktu berbuka.
Mycikgu masuk dapur hampir pukul 6. Selain goreng ayam berempah, mycikgu masak ikan cencaru belah belakang yang disumbat dengan sambal. Biasa2 aja menunya. Tapi berselera jugak mycikgu makan, itu nikmat kedua. Alhamdulillah, selepas puasa 6 bulan syawal yang lepas, inilah hari pertama mycikgu berpuasa pada tahun ini.
Semoga Allah memberi kesihatan , kekuatan dan kesabaran kepada mycikgu untuk meneruskan ibadah puasa sunat di bulan Rejab ini. Amin.