WELCOME



Sunday, November 29, 2009

IKAN... O... IKAN

AWAT LA HARGA IKAN KAT PENDANG SEKARANG NI MAHAL SANGAT. BAYANGKAN SEHARI SEBELUM RAYA HAJI, IKAN TERMENUNG RM12.00 SE KG. INGAT ORANG PENDANG NI KAYA2 SANGAT KE? DULU-DULU ADA JUGA MUSIM IKAN TERMENUNG rm 2.00 SE KG. ITU BERTAHUN-TAHUN YANG LEPAS. PERTURUNKAN HARGA IKAN WOIII. DAH LA KUCING AKU 4 BERANAK TU KUAT MAKAN IKAN. HABIS IKAN KAT DEPA JE.

TJ . . .



This is TJ - short for Tomei Junior. Yang kami ambil di pasar 18 Dec 2008 untuk menggantikan Tomei yang hilang pada hari raya haji 2008. Tidak seperti TOmei, TJ ialah kucing betina. Kali pertama gave born to 3 kittens on 1st June 2009. Sadly though, two and a half months later, all 3 kittens disappeared just like that. Despite of our avid search the kittens were not found. Tj was left kittenless and our home was not as cheerful as before. Then, on 19th Oct. TJ gave birth to another 3kittens. We named them Cumi, Ciki and Miko just like the previous three. Our house is cheerful once more. Hopefully, they are here to stay, not to be lost just like before.

Lemas perut



Awatla line streamyx ni sat ada sat tak da. TM tel tanya ok ke tak ok ja. Tak repair lagi ke? Line telefon pun sat ada sat tak da. Orang len kat Pendang ni ada masalah yang sama ke atau kat rumah kami je. Ni yang nak potong ni. Tapi masalah kat Pendang ni, or at least kat rumah mycikgu, broadband tak da coverage pulak dah. GPRS yang teramat slow. Bila nak buh coverage kat kami line Pendang ni. Broadband ada tapi tak leh guna. Kalau guna slow macam guna line dulu-dulu kala. Bila lah Pendang ni nak rasa coverage macam tempat-tempat lain tu. Pihak yang berkenaan , sila ambil perhatian. Kat Pendang ni ramai pengguna internet.

Saturday, November 28, 2009

My cuti jurnal.


glitter-graphics.com

Lets see,.
Apa yang dah buat selama 10 hari cuti ni. Masa diisi dengan bermanfaat ke tak?
20/11 (Jumaat) - Marking paper 1.
21/11 (Sabtu) - Marking paper 2.Ke SP, Village Mall. Belanja makan Pizza sempena Mizah dapat 5A UPSR.
22/11 (Ahad) - Ke sekolah, siapkan hrmis, buku rekod dan borang prestasi dan hantar.
23/11 (Isnin) - Ke sekolah, Kurusus Pengurusan aset alih kerajaan. Siapkan borang mohon melancong, untuk hantar ke JPN. Petang tu bawak mizah ngan syerah ke Alor star, ambil cek zhafri diTakaful Malaysia, makan radix fried chicken, melawat pusat sains. Quite fruitful today, ha)
24/11 (Selasa) - Ke sekolah, siapkan kerja-kerja untuk dihantar ke pejabat termasuk markah SPN. Alhamdulillah,siap akhirnya.
25/11 (Rabu) - JPN tel, borang tak complete. Kena hantar yang complete. Bawa borang, hantar ke JPN. Lunch kat stadium, pergi Pacific star mall tengok 2012 ngan syerah dan Mizah. Syok juga.
26/11 (Khamis) - Pagi pi market, beli bahan basah dan kering esok raya Qurban. Balut ketupat (dalam tak reti tu jadi lah ketupat bohong2), laksa lemak Kelantan (yang ini aku expert), rendang daging (Pakai rempah rendang faiza tak sedap.Jangan beli lagi next time.)
27/11 (Jumaat) - Raya Haji. Lepas subuh, buat kuah laksa, perangan rendang, rebus laksa, bertolak balik ke Tikam Batu untuk sembahyang raya). Ziarah rumah sedara mara , bertolak balik sebelum sembahyang Jumaat.Petang pi kenduri qurban di rumah Pengarah IAB (U) di Kg Alor Pak Ngah.Balik singgah rumah Norlela/Din, jumpa Kak Shidah ngan Ustaz Lah sekali. Malam buat rendang lagi dan balut ketupat, Aiman nak balik asrama esok, ada tuisyen, so bawak bekal ketupat. Kali ni, jadi,ketupat jantan. Dulu ketupat betina, tersilap gaya balutan.
28/11 (Sabtu) - Pagi-pagi hantar Aiman balik asrama Sekolah Teknik Alor Star,singgah pasar simpang kuala beli lauk. Petang pergi kenduri rumah Kak Leha (Pangkat sepupu dengan suami)di WMS Homestay dekat stadium AS. Menarik kenduri di homestay ni, tak payah susah penat2 kemas rumah sebelum dan selepas kenduri. Boleh tiru ni.
29/11 (Ahad) - tak tau lagi nak pi kenduri zakri ke tak.
30/11 (Isnin) - Kenduri rumah Pak Ngah Tikam Batu. Tapi kena renew lesen dulu. Hari ni mati. Kena drive sendiri, abang dah kerja hari ni.
1/12 (Selasa) - Minta kursus di INTURA. tak dak jawapan pun. tak dapat kut. Kursus audit dalaman.Kalau tak dapat nak pi sekolah , than ada kenduri rumah student.Kak dia kahwin.
2/12 (Rabu) - Nak siapkan perancangan AJK Sekolah.
3/12 (Khamis) - ikut suami pi Ipoh, dia ada mesyuarat.
4/12 (Jumaat) - still di Ipoh.
5/12 (Sabtu) - in Ipoh still.
6/12 (Ahad) - From Ipoh balik Pendang.
7/12 (Isnin) - Lawatan pelapistani ke Seberang Perai (Arakuda -TPKM) dan Pulau Pinang.
8/12 (Selasa) - tak tau lagi. Update lain nanti.

School Holiday.

Diam tak diam harini dah 10 hari cuti sekolah. Memang masa nak cuti dulupun rasa tak seronok ja sebab banyak kerja yang tak beres. Borang prestasi, borang hrmis, marking end of the year exam paper semua tak abis lagi. Belum masuk minit mesyuarat, bajet 2010 yang belum siap. Lepas tu, yang tak seronok cuti ujung tahun ni ialah, dah kena buat perancangan untuk tahun depan iaitu 2010. Nak kena siapkan takwim, perancangan, jk kerja untuk tahun depan Insyaallah, dengan kerja sama semua harap-harap siaplah sebelum 15 hb Dec. Sebab 17 Dec sampai xmas dah nak balik kampung jap Sedangkan 28 Dec dah mesyuarat guru kali pertama. Semua benda-benda tu kena murni, compile, risso dan bind sebelum 28 tu. So lets see... Kalau 15 hb baru nak himpun, cammana nak siap sebelum balik kampung. Okayla kawan2..., saya cadangkan, saya taip takwim, fokus, perancangan , senarai Jawatan kuasa, buat kulit . Kawan2 tolong risso dan bind boleh dak? And make sure it is ready before xmas holiday. Kalau tak siap, tentu gang kita kena kutuk ngan cikgu-cikgu . Okay , so these are the things to do list during these holiday:
1. Hrmis - SIAP
2. Borang Prestasi -SIAP
3. Marking paper Sains Pertanian dan hantar markah ke pejabat- SIAP
4. Minit mesyuarat panitia di bawah bidang Teknik dan Vokasional-SIAP
5. Headcount SPN Tingkatan 5 2010-belum siap
6. Post mortem peperiksaan akhir tahun spn ting 4 - belum siap
7. Rancangan mengajar tahunan 2010 Tingkatan 4 dan 5-belum siap
8. Kontrak Mengajar/carta gantt TIngkatan 4 dan 5 2010- belum siap
9. Carta gantt kerja kursus Tingkatan 4 dan 5 -belum siap
10. Kontrak latihan Tingkatan 4 dan 5 2010 - belum siap.
11. Last tuisyen SPN SPM - 13 dan 14 hb Dec.
12. Guru bertugas paper sains pertanian - 16 Dec (petang)
13. Takwim 2010 - tunggu kawan2 lengkapkan baru boleh compile
14. Senarai Perancangan Jawatan kuasa 2010 - Belum siap
15. Fokus dan Perancangan - bagi orang lain buat kut.
16. PSPA SPN 2010 - belum siap
17. Kemaskini stok di setor pertanian - belum siap.

Tu ja lah kut. Banyaknya yang belum siap. Ni mulalah nak kalut ni. Tak boleh lengah2 ni. banyak lagi ni. Tu dia banyaknya kerja. Cuti apa kalau kerja banyak nak kena buat. Insyaallah. Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah bagi aku untuk menyempurnakan tugasan-tugasan di atas. Semuga semuanya siap sempurna. Amin.

glitter-graphics.com

TEKNOLOGI HIJAU

Mycikgu sukalah dengan idea teknologi hijau ni. Setelah menjalankan sedikit research, daripada pemahaman mycikgu, teknologi hijau ni ialah untuk meminimumkan input bagi mengeluarkan sesuatu produk. Lebih-lebih lagi jika input tu boleh menjejaskan alam sekitar kita yang sudah semakin tua dan semakin uzur ni. Jika kita dapat menjimatkan input, kita dapatlah menjimatkan sumber-sumber semula jadi. Bagi mycikgu, senang ja. Inilah amalan-amalan yang mycikgu nak jalankan sebagai sumbangan mycikgu untuk program teknologi hijau:
1. Semasa memasak, masakan kenalah ringkas. Tak perlu masak hidangan yang memakan masa berjam-jam lamanya, untuk menjimatkan gas. Masa memasak, tutup periuk tu, lauk cepat masak dan vitaminpun tak hilang. Jangan masak terlalu banyak lauk-pauk, cukup sejenis sahaja yang mengandungi semua nutrien yang kita perlukan seperti tomyam ke, sup ayam campur sayuran ke, sayur goreng yang ditambahkan udang atau ayam ke. Sedap, ringkas dan menjimatkan masa dan tenaga. Tambahkan juga hidangan yang tak perlu dimasak, seperti sambal belacan, air asam, ulam, salad, acar mentah, buah-buahan potong dan banyak lagi idea yang boleh difikirkan.
2. Bila perlu memandu kereta, plan dulu perjalanan supaya urusan dapat dibuat tanpa perlu pergi balik-pergi balik kerana terlupa itu dan ini. Dahlah petrol mahal ni. Kalau cuma ada satu sahaja urusan yang perlukan kita berkereta, kalau boleh tangguh-tangguhkan. Kumpul banyak-banyak dulu baru buat. Selain dapat jimat petrol, kita dapat pelihara keadaan tayar kereta, kurangkan pencemaran alam akibat pengeluaran karbon monoksida dari ekzos, mengurangkan peningkatan haba akibat pembakaran bahan api kereta kita. Jika nak isi minyak pula, isi awal pagi atau lewat petang, jangan isi masa tengah hari panas meruap-ruap tu, Minyak cepat habis. Dan dalam kereta pula, janganlah jadikan rumah atau setor kedua pula, segala-galanya ada. Kerana ini akan menambah beban berat kereta seterusnya makan petrol dan tayarpun cepat haus. Mycikgu akan cuba mengatur sekiranya ada keperluan seperti kedai tempah baju, grosery, stesen minyak , kedai fotostat berada dalam laluan antara rumah mycikgu ke sekolah agar mycikgu tak perlu pergi extra miles untuk dapatkan keperluan-keperluan tersebut.
3. Mycikgu dah lama tak beli newspaper atau majalah. Kenapa? Kerana semuanya ada di internet. Ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, jadi kuranglah permintaan pokok-pokok yang diperlukan untuk membuat kertas. Kalau ramai yang buat macam mycikgu ni, mungkin ramai juga yang kena tukar profesion , driver lori surat khabar, penjual surat khabar, pencetak surat kabar, mekanik mesin pencetak surat khabar, dan lain-lain lagi lah. Susah juga macam ni ya. Begitu juga semasa membuat kerja-kerja perkeranian, biasalah kerjaya guru ni, mycikgu akan kurangkan penggunaan kertas sebagai hard copy. Bolehke mycikgu buat lesson plan dalam bentuk soft copy dan emailkan kepada pengetua untuk di semak? Kalau nazir datang nak cek pulak, mycikgu buka laptop je lah. Soalan ,latihan, dan nota pulak mycikgu tak mau bagi dalam bentuk handout. "Murid-murid rujuk dalam laman web Mycikgukitastudy untuk kerja rumah harini. Jawapan kamu hendaklah di email kepada mycikgu selewat-lewatnya sebelum pukul 12.00 tengah malam Selepas 12.00 tengah malam cikgu nak marking dah." Boleh ke tu. Cuba lah dulu.Tak banyak sangat guna kertas. Dan nama Kementerian, ke, pejabat ke, organisasi ke , jangan ubah banyak-banyak kali sangat. Membazir nak buat letterhead baru.
4. Kurangkan penggunaan air. Maksud di sini, bukan tak bagi mandi atau basuh baju. Tapi ada cara lain lagi. Contohnya, air basuh beras, yang ditinggalkan semalaman jika dijiruskan ke pokok orkid, hee , sukanya dia. Berbunga tak berhenti. Air basuh ikan pula guna untuk siram sayur-sayuran. Tak perlu keluarkan duit untuk beli baja. Tadahan air hujan, boleh buat basuh longkang dan siram pokok. Mandi guna shower pula lebih jimat daripada mandi guna gayung.
5. Letrik, hmm.. yang ini kena latih sejak kecil lagi. Jika sesuatu ruang tu tak digunakan, padamkan lampu dan kipas. Jangan biarkan lampu dan kipas menerangi dan mengipas tilam bantal yang tak tau apa-apa tu. Seterika baju pula, jangan nak pakai sehelai, seterika sehelai. Himpun dan seterika untuk seminggu, ini menjimatkan letrik. Oh ya , kalaulah boleh pergi mengajar pakai t-shirt dan pants saja, tentu tak perlu iron kan. Jimat, tak panas dan selesa. Kat tempat kerjapun tak perlu pasang aircond. Mycikgu rasa perkara ini dah diamalkan dahpun di Jepun dan Korea. Dan lampu-lampu iklan billboard tu tak perlu pasang sampai ke pagi. Pasang takat pukul 12.00 tgh malam sudah. Jimatkan. Jangan biarkan TV, komputer dipasang jika tiada yang menggunakannya. Membazir saja. Dalam peti ais pulak, jangan overload dengan benda-benda yang tak boleh digunakan lagi. Beli barang basah secara kerap. Peti ais tak perlu guna elektrik yang banyak, makanan pulak garenti fresh.

Okay, cukuplah dulu 5 kaedah mycikgu nak amalkan untuk menyumbang kepada program teknologi hijau ni. Banyak-banyak sangat tak terbuat pula. Bersama kita menjaga alam sekitar.