WELCOME
Sunday, December 21, 2008
Bukit Antarabangsa
Landslide in Bukit Antarabangsa
Beberapa perkara yang menarik perhatian:
1. Sebelum kejadian anjing menyalak bersahut-sahutan, ramai yang sedar, tapi tidak menyangka ini merupakan tanda-tanda bencana alam akan menimpa.
2. Pihak berkuasa seperti angkatan tentera, polis dll dikecam oleh penduduk kerana tidak memberikan kerjasama seperti yang diharapkan. Kemudian dakwaan ini dinafikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk didalam satu sidang akhbar.
3. Beberapa hotel di sekitar telah menghantar chef-chef mereka untuk menyediakan makanan kepada petugas dan penduduk yang terlibat.
4. Petugas membantu memindahkan barangan penduduk, ada satu gambar menunjukkan petugas mengangkat tilam merentas hutan belukar. (Berat tilam tu, kita nak tukar cadar pun berat nak angkat.)
5. Ada pula cakap-cakap mengatakan salah sebuah rumah yang ranap merupakan sebuah pusat perjudian, sebab tu kena bencana. Ini dinafikan oleh penduduk dan jiran-jiran terlibat.
6. Ada kata-kata yang menuduh penduduk rumah menggunakan duit tak halal untuk buat rumah. Satu tuduhan oleh orang yang nak buat dosa kering. Semua kejadian Allah adalah ujian dan ada hikmahnya. Mungkin kejadian yang menimpa segolongan kecil ini memberi hidayah untuk kepentingan segolongan lain yang lebih besar bilangannya.
7. Penyampai Good morning Malaysia, (NTV7) ada menyebut, penduduk yang dipindahkan ada ditempatkan di hotel (dibayar kerajaan) kerana "they are rich people, so they need a better place to stay", bukannya di pusat pindahan biasa seperti sekolah, dewan orang ramai.
8. Apabila pihak berkuasa mengumumkan penduduk boleh tuntut barang yang dijumpai, tak ramai yang berbuat demikian.
9. Salah satu korban, seorang ibu muda, isteri yang amat disayangi, bercinta dari kecil, sejak tadika. (Kisah cinta yang amat unik).
10. Bila bencana seperti tanah runtuh, banjir berlaku di kawasan bandar seperti Shah Alam dan Bukit Antarabangsa ni, mangsa selalu menyalahkan pihak berkuasa tempatan. Berbanding bila seorang makcik di Yan,Kedah diwawancara diTV tentang banjir di tempatnya berkata "Nak buat macammana kan dah nak banjir, kita terima ja lah ...", (Masa tu Raya Puasa).
Semoga semua mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh bersabar dan banyak-banyaklah beristighfar apabila terasa sedih dan marah. Anggaplah ini semua takdir, qada dan qadar dari Allah SNW. Setiap ujian Allah , terimalah dengan tabah. Kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tuan-tuan sekelian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment