WELCOME



Friday, June 14, 2013

Mesir part one

Salam semua...
dah lama tak mengupdate, tak da cerita baru untuk catatan.
Alhamdullillah, baru2 ni, cuti pertengahan tahun yang lepas, mycikgu berkesempatan ziarah dan umrah. Mula-mula ziarah ke Mesir, kemudian baru meneruskan perjalanan ziarah ke Madinah dan sterusnya umrah Mekkah. kira2 16 hari jugalah, meninggalkan Malaysia, group kami semua 41 orang termasuk mutawif pergi dengan pakej andalusia. All in one RM 7 190.00.

penerbangan ke Mesir mengambil masa 9 jam lebih, dan transit dulu di Bangkok lebihkurang 1 jam. Lenguh juga la, duduk dlm k.terbang. Sampai di Mesir lebih kurang pukul 5 pagi,waktu Mesir, yang mana waktunya lewat 6 jam dari Malaysia, kira kami time travel 6 jam kebelakang.. untung lah. 
Di airport dah ada ejen yang menunggu, uruskan beg, kami cuma beratur utk cop pasport saja. Kalau ikutkan memanglah, waktu malaysia dah 11 pagi lebih, tapi kami terus dibawa berjalan2, tanpa mandi.. he he. Nasib baik sempat juga gosok gigi dan cuci muka masa kat airport kaherah.
nasib baik dalam k,terbang dah makan 3 kali, kalau tak mesti lapar kerana breakfast akan di serve lebih kurang pukul 2 petang waktu Malaysia.
Pertama2 kami di bawa melawat ke tugu peringatan mereka Anwar Sadat tomb dan juga the unknown soldiers . Sebuah dataran yang luas, bertentangan dengan universiti Al Azhar.
Kemudian baru dibawa ke sebuah restoren untuk sarapan. Selepas sarapan, kami ziarah ke masjid Ibn Al Asr, sahabat nabi, salah sebuah masjid tertua di Kaherah. Sembahyang jamak kat situ dan seterusnya check in hotel. Dalam pukul 4, tamatlah sesi lawatan, kami cek in hotel dan berehat . Lawatan akan disambung keesokannya.

No comments: