WELCOME



Thursday, June 27, 2013

makam Imam Shafie

 Alhamdulillah, semasa lawatan ke Mesir, kami sempat di bawa menziarahi masjid Imam Shafie di mana terletaknya makam Imam Shafie.


 Terlupalah pulak, dah berapa tahun masjid ini, tapi ianya terletak di sebuah perkampungan yang sunyi, suasana di dalamnya pulak aman dan tenteram. Terasa amat tenang ketika berada di dalamnya. Menurut kata suami yang mengambil wudu' untuk solat tahiyatul masjid airnya sangat sejuk, walaupun cuaca di luar panas.

 Seni binanya cantik sebagaimana masjid2 lain di Mesir.
 Pemandangan di luar. Biasa dah kat Mesir ni, asal nak masuk masjid, kasut kena simpan di rak kasut, nak keluar nanti ambil, dan kena bayaran, katanya sedekah. Kadang2 keadaan ini menyebabkan rasa kurang senang di kalangan pelawat. Maklumlah, kami baru sampai, duit kecilpun belum ada, sebab belum sempat shopping. Keadaan ini hanya untuk pelancong sahaja. kalau orang tempatan tak da pulak kalau diperhatikan.


 lorong jalan keluar daripada kawasan masjid. Agak menghairankan, kawasan dan masjid yang amat tinggi nilai sejarahnya nampak macam tak dipedulikan. Tiada baik pulih dan penyelenggaraan.
 Bila nampak pelancong datang, penduduk berhampiran siap tunggu dekat bas, untuk minta sedekah.
 siapalah yang boleh translate kan sign board ni, yang faham cuma Masjid Imam Shafie.. yang lain tak tau.





No comments: