dah lama betul tak menjenguk blog ni, dah berhabuk dan bersawang gayanya. sibuk dengan hal seharian, sampai tak sempat nak update blog. lagipun, bila mood berblog tak ada, memang tak da kuasa nak menulis.
tik-tok-tik-tok (bunyi jam).. daripada chemo first cycle, suami dahpun menamatkan rawatan chemo dan radioterapinya. Selepas chemo kali pertama dulu, disambung pulak dengan radioterapi sebanyak 25 kali. So chemo ditunda, sampai habis radiotetapi. RT (Radiotetapi) di buat 5 kali seminggu, berturut2 hari, cuti 2 hari di hujung minggu. Jangkamasa buatnya tak lama, masuk bilik RT lebihkurang 25 minit... sudah. Oleh itu, suami berulang saja dari rumah. Dari rumah ke hospital lebih kurang sejam setengah. balik pulak sejam setengah. 3 jam travel sehari, utk dptkan rawatan 25 minit tu.
Selepas habis RT, sambung chemo lagi 6 kali. satu cycle 3 minggu, jadi semuanya lebih kurang 4 bulan. Last chemo pada 30 Ogos 2012, sambut 2 merdeka, merdeka Malaysia dan merdeka dari chemo. kesan chemo memang kurang menyenangkan. walaupun rambut suami tak gugur, tapi dari segi selera makan, paras tenaga memang menimbulkan kesan. Walaubagaimanapun, masih tolerable. Bila doktor pujuk, tambah satu cycle lagi, mentah2 suami tolak, sebab dah tak larat rasanya.
Selain daripada tu, suami juga mengalami rasa kebas2 ditangan. Selepas chemo, memang rasa tangan yang di Iv tu sakit menyucuk2. IV pun lambat masuk, kerana, kesan daripada chemo, urat2 jadi mengecut. Bahagian hujung jari2 tangan dan kaki, bertukar ke warna kehitam-hitaman. bila tanya doktor, doktor kata, memang kesan chemo macam tu. Doktor bagi vitamin, krim untuk mengurangkan kesan kesan tersebut.
Setiap kali, sebelum chemo, kena buat blood test. begitu juga selepas seminggu di chemo. Bacaan white blood, platelet, sedikit terjejas. Tapi doktor kata not that bad, in other words dia kata blood test result is excellent.. considering, sebab rawatan chemo.
Bila habis cycle chemo, doktor buat ct scan dan tumor marker test. Resultnya pun good news, Alhamdulillah. doktor kata, rawatan chemo tersebut berkesan. Ada juga pesakit yang tak respons dengan rawatan.
Walaubagaimanapun, rawatan chemo dan RT ada kesan sampingan. Yang mungkin kekal sepanjang hayat. Harap-harap pada masa hadapan, ada rawatan kanser yang tidak memudaratkan tetapi berkesan. Semoga Allah SWT mengizinkan ubat kanser jenis ini ditemui juga nanti.
2 comments:
Aslina..Salam.
Kak nad sangat faham.
KNad sudah melaluinya 13 tahun dulu..chemoterapi adalah mimpi buruk KNad..tak mahu dikenang.
Alhamdulillah..kita sihat sebab dengaq cakap doktot..
What is a live stream betting system? - DrmCD
This is how you'll 김해 출장샵 learn to 파주 출장안마 bet in live casino. you 이천 출장마사지 can select the live streaming 서울특별 출장마사지 option, or find a live game stream for 동두천 출장마사지 you.
Post a Comment