Dah nak habis dah bula puasa? So soon? masa semakin cepat berlalu...mungkinkah putaran cakerawala semakin laju atau hari2 di kejar masa nak menyiapkan kerja2 yang semak8n bertambah hari demi hari .
Dulu mana pernah dengar tentang pki, nkra,etr, bahagianya hidup dulu... aman damai. Bila ada idea2 baru, selalunya drp boss2 baru, banyaklah kerja yang nak dilaksanakan oleh si pelaksana. Yang bagi idea cuma tau... jalankan idea dia, nak tengok, yang teruk lintang pukang ialh orang2 bawahan. Lepas satu-satu idea yang dicanang lepas sesuatu masalah dikenalpasti. Dan oleh kerana masalah semakin banyak, maka banyaklah idea mengenalpasti masalah yang dicetuskan.
Sekadar berkongsi....
WELCOME
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 23, 2011
Merokok dalam tandas...
Entah apalah, bulan puasa tahun ini.. macam macam kejadian yg tak senonoh dilakukan oleh sebilangan pelajar sekolah. Semalam cikgu dah cerita pasal makan dalam jamban, jadi kerja pulak pakcik2 cleaner nak korek lubang jamban takut tin minuman menyumbat saluran najis. Nanti mereka juga yang susah nak tunai hajat.
Harini, ditangkap merokok dalam jamban pulak dah. dah lah tak puasa, merokok pulak. Sekolah kan kawasan larangan merokok, tak kiralah di mana pun. Hata dalam tandas sekalipun. Punyalah ketagih candu rokok tu, sampai terpaksa hisap rokok jugak2. Tak sempat2 dah nak balik rumah , atau keluar kawasan sekolah untuk menghisap rokok.
Larangan , iklan, macam2 kempen lagi dijalankan untuk membenteras perokok ini tidak dihiraukan. Perbuatan mereka tambah2 lagi remaja yang tak habis develop lagi organ dalam badan ni, amat membahayakan diri mereka sendiri. Demi keseronokan(???) selama 2 minit. Akibatnya, organ2 dalaman mereka terutamanya bahagian paru2, terencat sebelum dapat berkembang dan berfungsi sepenuhnya. Kufur nikmat sungguh manusia ini, anugerah Allah yang tidak ternilai, sebuah paru2, dikhianati dengan memasukkan berbagai jenis racun. Bukan nak jaga bagi elok, nak menjahanamkan diri sendiri lagi ada.
Racun2 dari rokok juga akan menyebabkan perubahan genetik, atau kecacatan genetik, dan ini melibatkan generasi2 mereka yang akan datang. Bukan setakat anak, cucu , cicit dan seterusnya. So girls... kalau nak cari pasangan carilah dari golongan yang bukan merokok, supaya generasi anda bebas dari kecacatan genetik ini. Nanti dapat anak cacat, berpenyakit, otak lembam dan banyak masalah2 lain lagi, tak mau kan.. Jadi hindari perokok, kerana mereka berpotensi untuk mendapat zuriat yang tak sempurna.
Renung-renungkan....

Monday, August 22, 2011
Makan dalam tandas??
Bulan puasa , Ramadhan ni selayaknyalah dihormati. Memang diwajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa, kecuali bagi yang uzur syarie. Tetapi puasa kali ini beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku. Kesimpulannya, generasi sekarang semakin memandand enteng ibadah puasa .
Antaranya ialah:
- ada pelajar dengan relaknya malah bangganya mengaku tidak berpuasa
- banyak tin2 minuman dijumpai diperosokkan dalam lubang tandas pelajar, bermakna dahlah tak puasa, sanggup makan dalam jamban
- ada pelajar dengan selamba mengunyah chewing gum di hadapan guru
- seorang rakan melaporkannampak penunggang dan pembonceng motorsikal remaja Melayu, menghisap rokok , ketagih sangat lah tu.
- melalui laman facebook, sorang friend memaparkan gambar gadis melayu bertudung sedang enak makan2 di sebuah restoran segera , dikhalayak ramai tanpa segan silu dan menghormati bulan puasa.
- ada juga pelajar yg mengaku, keluarganya tidak berpuasa, siap masak makan macam biasa saja, macam di bulan tak puasa.
APA DAH JADI DENGAN AHLI MASYARAKAT JENIS INI...
SEMOGA ALLAH TAALA MEMBERI PETUNJUK KEPADA GOLONGAN INI, TERBUKA HATINYA UNTUK TURUT BERIBADAH MACAM ORANG LAIN DI BULAN MULIA INI.

Thursday, August 18, 2011
Ramadhan kali ini...
Cepat rasa masa berlalu, dah lebih separuh bulan Ramadan ditempuhi. Kecuali hubby yg perlu berehat di PMC diawal puasa hari tu kerana kidney stonenya.. lain2 semua berjalan perfectly smoothly. Alhamdulillah. Program Tadarus cikgu2 di sekolah telahpun mencapai matlamatnya..telah katam minggu lepas. Awal pulak katamnya, dari pemerhatian cikgu, tahun ni, lebih ramai cikgu yang join sekali, sebab tu cepat tamat. Majlis katam akan diadakan 22 Ogos nanti.
Di sekolah pula, program yang sudah, sedang dan akan berjalan sepanjang Ramadhan854ni agak banyak juga... kira happening betullah. Ada percubaan PMR, percubaan SPM dan ujian bulan Ogos untuk tingkatan1,2 dan 4. Dan biasalah, lepas peperiksaan sibuk marking paper dan seterusnya key in markah. Selain markah trial, markah kerja kursus PMR pun kali ni kena key in on line. Due data nya dah tutup 15 Ogos lepas , tapi dilanjutkan ke 19 Ogos, kerana ada sekolah yg belum siap.
Tahun ni pulak, milai pakai SAPS/sistem peperiksaan atas talian. Dimana semua ujian dan peperiksaan hendaklah di online kan, untuk memudahkan pemantauan Kementerian. Kalut jugaklah, sebab taklimat baru beri, date duenya pulak 2 Sept.. dalam cuti raya tuuu.. Lebih malang sekolah tiada internet kerana kabel dicuri pada 7,9,13 dan 14 Ogos. Pencuri2 tu nak guna duit untuk belanja buka puasa keluarga dia kut.. atau nak beli baju raya anak2. Dan menyakitkan lagi, dahlah kabel sekolah kena curi, di taman pun kena curi. Rasanyanya dah 3 kali tahunni. kabeltu duduk depan rumah orang je, tak prihatin sungguh orang kita ni. Membiarkan kejadian di depan mata.
Nampaknya minggu akhir puasa ni, para cikgu kenalah menyinsing lengan, bukan nak sedia juadah puasa, nak siap rumah sebelum raya jauh sekali...tapi kena siapkan kerja2 sekolah, kerana due datenya yang mengejar.
Hari Rabu lepas sempat juga memenuhi undangan berbuka puasa di asrama, kalau ikutkan, cikgu lebih selesa berbuka di rumah, tapi kesian teringatkan pelajar yg berjauhan dgn keluarga di bulan puasani, cikgupun pergilah menjenguk sebentar. Lepas berbuka, terus balik untuk solat dirumah.
Semuga hari2 Ramadhan yang masih berbaki lagi ini terus dilalui dengan lancar hingga ke penghujung.

Subscribe to:
Posts (Atom)