WELCOME



Thursday, May 5, 2011

Lebih selamat ditanam sendiri..


Pak choy.. kalau tengok di market, ada berbagai saiz pak choy ni, mengikut peringkat tumbesarannya semasa ia diharvest . Cikgu suka makan baby pak choy, tapi yang ni tak boleh ambil lagi kerana peha nya belum fat and juicy.
70% daripada
kos menanam sayuran ialah racun serangga dan perosak. Serangga memang suka dengan pucuk-pucuk muda yang menghijau ni, macam kita juga. Selain serangga, mikroorganisma seperti kulat juga suka mengganggu, begitu juga dengan siput babi dan siput bulan. Nampak saja selow, tapi siput kalau dah jumpa pucuk muda, macam buldozer tolak pokok kesannya. Agak2 bahaya tak bagi pengguna makan sayuran yang dibeli di pasar? Sudah tentu lah, sebab tu pekebun sayuran akan menanam untuk makanan keluarga di dalam plot asing, sayuran untuk makan sendiri ni, bebas racun, perosak di kutip dengan tangan atau menggunakan pemangsa semula jadi. Tapi untuk tanaman berorientasikan komersil, tak mungkin ini boleh dilakukan.

walaubagaimanapun, sekarang sudah banyak sayuran di tanam didalam rumah kalis serangga, penggunaan bahan kimia dapat dikurangkan, tetapi oleh kerana kos pengeluarannya mahal, sayuran terpaksa dijual dengan harga yang mahal juga. kadang- 3 kali ganda harganya.

Jadi apa penyelesaiannya? Mudah saja, dengan kos paling minimum tanamlah sayuran sendiri. Dengan sedikit usaha sahaja tak habis makan kita. Tanamlah serba sedikit, ada sayur jenis daun, sayur jenis buah dan sayur jenis ubi. Kita dapat membebaskan diri daripada mengambil racun serangga.

Daun pudina , kesayangan cikgu kerana masukkan sehelai dua dalam teh panas, lagi uhm . Kocak dengan ais, soda , dan perahan kasturi dapat refreshment yang menyegarkan.

Daun sadri, memang kita selalu kita gunakan dalam masakan, jadi, elok lah herba ini sentiasa standby di sisi dapur.
Di belakang daun saderi tu, cabai hidup. Cabai antara sayuran paling kuat penggunaan racunnya. Eloklah kita ada sepokok dua di rumah, lagipun, cabai yang fresh dipetik mudah ditumbuk lumat kerana ia masih ranggup dan segar.
Tak perlu ada laman atau tanah yang luas untuk tanaman sayur, cukup macam cikgu ada space sikit antara tembok dan longkang, maklumlah rumah taman, renovate pulak sampai habis tanah. Tanam saja dalam polibeg, tak perlu tanah, gunakan sekam bakar.  Ambil saja sekam bakar di mana2 kilang padi, tapi mintalah izin dulu ya.. Selamat berkebun.

2 comments:

Impian Murni said...

Wah...bagusnya u ada greenery around your house.Fresh and no insecticides....Rajin mcm ni boleh jaga kesihatan...teruskan menanam

mycikgukita said...

thanks, rumah kak fadz luas, boleh tanam macam2.