Kali ni buat di Pusat Kokurikulum Sg Tiang, same like last year. Seramai 74 kadet terlibat, tapi macam biasalah, cuma 19 lelaki, selebihnya girls. Nak pupus dah boys ni, pergi camping pun mereka tak mau.
Pelajar mula berhimpun di sekolah selepas solat Jumaat, bas akan jalan pukul 3 petang. AJK pendaftaran pun mula lah mainkan peranan. Sekolah tempat 2 bas, tapi ada satu bas saja dan akan buat 2 trips, lagipun Pusat Koko tu 15 km saja dari sekolah. Akhirnya, semua kadet diangkut ke pusat Koko.
Selepas taklimat, minum petang, ada slot icebreaking dan taklimat mendirikan kemah. 4 orang kadet untuk sebuat kemah. semua kemudahan disediakan di pusat koko.
Sebelah malam ada slot buat gajet daripada buluh dan tali rafia, tapi cikgu tak sempat tengok, balik berehat dirumah.
keesokan paginya cikgu pergi semua , masa tu kadet sedang menjalankan aktiviti base station, ada station untuk bantu mula, kawat, kawat formasi, orienteering. Habis awal juga, kadet pun buat persediaan berlatih untuk malam budaya.
Malam tu selepas solat isyak, ada makan malam, dan pertandingan persembahan setiap kumpulan. Walaupun kemarin dah buat ice breaking, nampaknya kadet2 masih lagi bersikap introvert. Kalau buat persembahan, tak semua yang ambil bahagian. Kawan kat depan pulun nyanyi, depa duk tersandar didinding pentas. Tak beri kerja sama langsung. Geram cikgu tengok yang perangai macam ni.
Habis dalam pukul 12, siap sedia untuk kembara malam pulak. Guru pengiring, pembantu jurulatih, naik basikal yang disediakan di pusat koko, ada yang naik motor, pelajar jalan kaki. Masa mula 12.40, kebanyakan mata dah mengantuk. Selepas taklimat, kadet mula bergerak, jalan masuk kebun getah. Jarak perjalanan hampir 10 km, dua jam jalan tanpa henti, nak test minda dan fizikal. Alhamdulillah, semua selamat sampai walaupun ada yang diangkut dengan motor dan kereta kerana dah tak larat dan nak pengsan. Cikgu sendiri pun sakit2 seluruh badan jugaklah, selepas aktiviti ini. Pukul 3 lebih baru boleh tidur, tupun tak berapa lena kerana keletihan yang berlebihan.
hidangan perlu dihias secantik mungkin |
Majlis berakhir dengan makan tengah hari, kadet pun bersiap untuk pulang kerana bas akan datang ambil pukul 12.45 petang. Tepat pukul 12.45 petang, bas pun sampai, selepas siap kemas, bersihkan kawasan, cek semua barang disimpan semula ditempatnya, pelajar di benarkan untuk naik bas untuk perjalanan pulang.
Keseluruhannya, perjalanan program sangat memuaskan. Kerja sama dari rakan2 guru amat membanggakan. Mereka sanggup dan sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama menjayakan program ini, Jasa baik mereka hanya Allah lah yang dapat membalasnya.
TERIMA KASIH SEMUA DAN SYUKUR ALHAMDULLILLAH.