WELCOME



Monday, January 10, 2011

My birthday...

Hepi birthday to me

1st January, is my birhtday again, kalini yang ke 47 tahun. Orang kata wisdoms comes with age, harap-harap betul lah tu. Sempena hari jadi aku, aku sendiri mensponsor kek kegemaran keluarga kami setakat ni iaitu tiramisu yang dibeli di tesco sp hari tu jugak. Tahun 2011, harga kek RM46.oo yang RM 36.00 dah habis. Tak pa lah, boleh makan puas-puas. Tapi tak da upacara apa-apapun, sapa-sapa nak makan, belah lah sendiri, tak payah nak nyanyi2 or tiup2 lilin, kebetulan pulak kena cirit birit hari tu, tak da mood sungguh. Sebab keracunan, selepas minum coffee di salah satu drink outlet kat tesco tu. Entah apa yang dibubuh dalam kopi tu menyebabkan terkena keracunan, rasanya sedap, tapi lepas minum terus rasa mnugal, my daughter yang tolong perabiskan pun terkena, muntah-muntah sejak malam tu, nasib baek la tak melarat, agaknya bila dah abis toksik dalam badan, penyakit tu reda dengan sendirinya. Alhamdulillah.
Tapi sampai hari ni, tak da selera nak minum kopi susu. Berani minum kopi/nescafe o sahaja. Masih terasa-rasa lagi kesan mneugal kopi hari tu. Lama betul penangannya.

And for the Birthday present, i got a watch. Walaupun ada 2 watches dah, tapi tak boleh nak pakai kerana talinya gabai dan keras, jadi bila senerih di parut bekas operate hari tu, terasa ngilu. So my hubby beli a new one for me. nanti upload gambaq. Sebelum ni dah banyak kali dia beli watches, tapi asyik hilang, hilang kat mana? hilang kat masjid, bilik air masjid, masa nak ambil wuduk. Bukannya hilang, tapi tertinggal, lepas tu bila cari semuala dah tak da. dah tak nak jadi rezeki agaknya. Jam yang paling jauh tertinggal , ialah di Mina, masa kalut-kalut nak balik Mekah jam tu mungkin  terselit di celah-celah beg jemaah lain, dan terus tertinggal di kemah di Mina. Tak pa lah, siapa-siapa yang jumpa, ambil dan gunakanlah, saya sedekahkan. Jam-jam yang lain pun begitu juga, ya, semoga semua jam yang hilang tu memberi manfaat kepada tuannya yang baru. And what present I want to give me? Nak pi buat facial yang bertahun tak p buat, tapi hingga sekarang, masih tak sempat2 lagi, banyak kerja. Balik lewat, dan bila dah sampai rumah letih dah untuk keluar semula. Well, I'll find the time sooner, hopefully.

No comments: