WELCOME



Thursday, January 6, 2011

Form 4...2011

     Redhuan dah ke sek men Teknik Arau

 Biasalah, sebagai penyelaran kena buat streaming untuk pelajar tingkatan 4, letakkan pelajar di kelas-kelas mengikut pencpaian pmr mereka. Masalahnya tak ramai pelajar yg dapat B utk sains dan maths, syarat yang diletakkan untuk masuk 4 SC. Tahun ini hanya 24 orang sahaja, menyebabkan kelas2 lain selepasnya terlalu padat. Kena buat sesuatulah untuk tahun ni supaya lebih ramai pelajar yang layak masuk ke 4 sc tahun hadapan. Yang masuk 4 sc pun merayu nak keluar ke kelas lain, sebab tak confident nak ambil subjek sains, menunjukkan betapa asas mereka dalam sains dan matematik tidak kukuh. Inipun perlu di fikir-fikirkan .
      Selain masalah kelas sains, kelas lain pun ada juga, pelajar minta nak masuk kelas ni, kelas nu, tak da semangat di kelas ni, tak mau duduk kelas nu.  Tak minat subjek2 tertentu, menyebabkan rombakan terpaksa dibuat kecil-kecilan semoga semua berpuas hati dengan penempatan kelas mereka. Ada yang dari kelas rendah nak naik ke kelas tinggi, nak cari nahas budak2 ni, orang dah letak dia di zon selesa, sengaja nak sua tengkuk kat gulotin semata-mata nak duduk kelas yang tinggi sikit standardnya. Bila diberi peringatan, semua janji akan cuba bersungguh2... iya lah sangat.
     Rata-rata kelas mencecah 40 orang, kerusi meja terpaksa disusun rapat2, cikgu nak lalu antara meja nak memantau pelajar di belakang pun tak selesa, kena menyenget2kan badan sambil berjalan di celah2 pelajar yang dah besar panjang. Ditambah pulak masalah, ramai pelajar baru yang masuk, tah apa di cari kat sekolah ni, tinggal sekolah lama, yang pelik tu, langkau 2 atau 3 lagi sekolah menengah yang lain dijalanan untuk sampai ke sekolahni. Menambahkan kesesakan, tapi walau apa pun, selamat datang dan selamat menjadi warga kami. Sama-samalah kita berusaha menggunakan apa yang ada untuk mencapai kegemilangan untuk masa depan.

No comments: