WELCOME



Sunday, February 8, 2009

In memory of Mohd Khairul Hakim b Mohd Ali


Mohd Khairul nombor 2 dari kiri, bergambar bersama rakan setelah selesai kelas tambahan SPN sehari sebelum peperiksaan Sains Pertanian Kertas 1 SPM 2008 pada Disember lepas.
Pada hari Khamis 5/2/2009 yang lepas, seorang pelajar SMKSI yang sedang menunggu keputusan SPM 2008 telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sawa Pendang. Beliau yang sedang menunggang motorsikal terjatuh kerana terlanggar motor kawan di sebelahnya. Tiada kecederaan, tetapi semasa hendak bangun sebuah kereta yang dipandu laju telah melanggarnya dan menyebabkan kecederaan parah di muka dan kepala. Dikatakan sempat mengucap dua kali sebelum menghembus nafasnya yang terakhir. Mohd Khairul seorang pelajar yang sentiasa disenangi oleh guru dan rakan-rakannya. Mycikgu telah mengenalinya sejak mengajarnya matapelajaran KHB 3 di tingkatan 3P, sains pertanian di tingkatan 4 SP dan seterusnya di 5 SP. Seorang pelajar yang berdisiplin, rajin berusaha dan mudah untuk meminta bantuannya. Mycikgu telah kehilangan seorang pelajar rajin, berdedikasi, sopan dan berdisiplin. Mycikgu berharap keluarganya, rakan dan sahabat beliau dapat menerima ujian ini dengan tabah. Al fatehah buat Mohd Khairul Hakim bin Mohd Ali.