WELCOME



Friday, November 22, 2013

2013 hampir menutup tirainya..
sebagai yang bertanggung jawab tentang kokurikulum tahun ini banyak juga pencapaian yang membanggakan. Kebanyakkannya di bidang sukan dan permainan. Pertandingan di bidang ko akademik masih terlalu banyak yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan. Sepanjang pemerhatian apa-apa pertandingan perlulah latihan supaya ia membuahkan kejayaan. Tapi di bidang ko akademik latihan amat kurang dititik beratkan. Hairan juga, bidang sukan dan permainan ramai juru latih yang sanggup berhujan dan panas , berdiri, berlari melompat di tengah padang, menitis keringat dan lenguh kaki sampai sakit-sakit urat. Juru latih - juru latih ni tak pernah berkira tentang masa dan tenaga yang dicurahkan.
Bandingkan dengan pertandingan ko akademik seperti pidato, bahas, tilawah dan lain-lain, di mana latihan boleh dijalankan di tempat yang lebih selesa, teduh, berhawa dingin.. kurang pula komitmen mereka untuk melatih peserta.  Selalu tak sempat, banyak kerja dan menganggap pertandingan kokurikulum akademik ni hanya mengganggu tugasan harian dan bukan core business pun.
Mungkin tahun 2014 rezeki untuk menjuarai kokurikulum akademik pula.
syabas dan terima kasih kepada semua jurulatih, guru pengiring, peserta-peserta yang membanggakan sekolah. Jasa dan bakti semua amatlah dihargai. Semoga 2014 kita akan lebih berjaya...
Terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah:
1. pasukan olahraga padang dan balapan - tempat ke dua daerah
2. pasukan hoki lelaki dan perempuan - johan daerah
3. badminton - johan individu perempuan dan  johan bergu perempuan peringkat daerah
4. bola tampar - naib johan pasukan bawah 15 dan bawah 18 perempuan peringkat daerah
5. sepak takraw - ketiga bawah 15 tahun daerah
6. bola sepak - ketiga bawah 18 tahun daerah peringkat daerah
7. bola baling - johan bawah18 tahun perempuan peringkat daerah
8. merentas desa - johan lelaki 15 tahun, dan kesemua peserta mendapat tempat 1 hingga 10
9. piala menteri pelajaran, pasukan padang dan balapan perempuan, : johan daerah dan seterusnya naib johan kebangsaan

12 orang pelajar telah berjaya bertanding hingga ke peringkat kebangsaan iaitu bagi acara bola tampar - 4 orang, hoki - 2 orang dan piala menteri pelajaran - 6 orang.

Bagi pertandingan ko akademik
tahniah: pasukan pantun tempat ke tiga daerah
pasukan choral speaking pun, menjalani latihan yang intensif tapi belum ada rezeki lagi tahun ni.
yang lain2, teruskan latihan dengan komitmen yang tinggi..