WELCOME



Thursday, March 14, 2013

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Illahi, yang maha pengasih dan maha penyayang.
Kesihatan suami semakin baik.
Setelah pembedahan kali ke dua, fasa pemulihan lebih panjang dari pembedahan pertama.
Mungkin 2 kali pembedahan setahun, pulak tu selepas kemo dan radioterapi... badan kurang kuat banding dengan pembedahan kali pertama.
Ada lah juga komplikasi, usus kurang selesa, tak lalu makan, jalan pun kena perlahan-lahan.
Tetapi selepas dua minggu suami masuk kerja balik, selepas lama bercuti, nampaknya kesihatannya semakin memuaskan. Tiada gangguan2 atau komplikasi usus. Harap2 keadaan ini berterusan.
Walaupun berat badan belum naik, tapi kalau mycikgu tengok sekeliling,, ramai lagi yang lebih kurus-kurus.
Walaupun selera makan dah naik dan baik semula, berat badan tak naik cepat, baru 67 kg sahaja, berat asal sebelum pembedahan 82 kg... dah hampir obess.
Masih lagi mengamalkan beberapa amalan seperti:

1. advance plus
2. daun belalai gajah yang diblend dengan epal hijau
3. bit root diblend dan dicampur madu
4. mengamalkan quranic medicine yang diambil dari Ustaz Lokman, Darul Hidayah

Selain tu diet juga berubah:
1. beras diganti dengan beras basmathi, kurang kanji
2. minyak zaitun digunakan ganti minyak kelapasawit
3. garam bukit
4. telur omega
5. ayam organic HPA

Kalau dilihat kembali, kos of living meningkat sedikit, tetapi rezeki Allah yang bagi. Setakat ini tidaklah jadi kesulitan walaupun belanja dapur meningkat.
Sel-sel kanser sentiasa ada terpendam, menunggu masa yang sesuai untuk muncul kembali. Kemunculan kembali mungkin disebabkan:
1. stress kurang rehat
2. faktor pemakanan
3. daya imunisasi berkurang
Seorang pesakit kanser , doktor kata , kansernya mungkin relapse... jadi perang dengan kanser ni sentiasa berterusan.
Semoga semua langkah dan amalan diberkati Allah. Kita merancang, tetapi hanya Allah yang menentukan segalanya. Kita sebagai hambaNya seharusnya redha, apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik.