WELCOME



Wednesday, February 2, 2011

MIKO

Miko ni jadi apa pulak dah. Pungkok kadang2 elok kadang2 berdarah. Selain daripada tu, nampak ok je, makan lalu, tak nampak macam sakit pun. Payahlah bela kucing ni, pasai dia tak reti nak bagitau, sakit ke, apa ke.

Bawak pergi vet je lah, senang. Sampai kat vet lepas inspection, vet kata, dia berak meneran, mungkin stool dia keras, sebab tu, hujung usus nampai terkeluar sikit, dan ada luka. Sebab tu berdarah. Tak da ubat khas untuk kucing yang kena buasir ni, dia cuma bagi suntikan antibiotik saja, supaya tak berlaku jangkitan kat luka. Selain daripada tu, jaga makan .

Selamani, makan makanan yang sama, tak da masalah pun. Tapi semenjak dua menjak ni, Miko tak berani keluar rumah kerana ada 2 ekor kucing jantan sebelah rumah yang selalu ambush dia. Mungkin kerana takut keluar, tahan tak mahu berak sampai tahi jadi keras. Kesihan Miko.

Harap-harap cepat baik ya Miko, kesian kalau sakit. Takut kalau lama2 jadi komplikasi lain pulak.

Urusan dengan pejabat tanah Pendang

Everything goes smoothly.. Alhamdulillah.
Kelmarin masa nak gostan kereta nak pergi sekolah untuk perbincangan perancangan strategik, nampak seseorang naik motorsikal dengan gaya melilau-lilau macam mencari sesuatu. Lepas tu terus dia berhenti, kitapun turun lah dari kereta, 'apa yang boleh saya tolong?', rupanya memang cikgu yang dia cari nak sampaikan surat, surat kebenaran pindah milik telah diluluskan. Kena pergi ambil surat tu di Pejabat tanah.

Oklah, saya pergi sekolah dulu, nanti saya pergi pejabat tanah. Lepas balik dari sekolah, terus pergi ke pejabat tanah, ambil surat, dan tanya apa prosedur seterusnya? Kak pergi ambil borang pindah milik di atas. Ohh, terus naik tangga ke atas, ambil borang pindah milik. Puan kat kaunter tu kata, nak mudah pergi suruh penulis surat, Haji Fadil, isikan borang. Lagi senang, terus pergi kat outlet Hj Fadil, belakang petronas,tapi dia perlukan geran untuk melengkapkan borang. Balik rumah pulak, ambil geran. Dah pukul 3 ni, makan tak lagi. Tak pa lah, asalkan kerja selesai.

Di tempat tulis borangpun, orang bersusun, semua pakat2 malas isi borang sendiri, maklumlah, teknikal sikit, daripada teruk2 nak fikir, baik keluar duit saja, bayar upah. Last2 siap juga lah, esok boleh buat urusan seterusnya .

Oleh kerana, dua lagi nama yg dalam borang tu tak boleh datang pagi, janji nak datang pukul 2 petang. Pukul dua petang, husband dan pemilikdulupun sampai, terus masuk pejabat dan bayar cukai tanah dulu. Kemudian serah borang pindah milik. lepas disemak2 , semuanya clear, naik atas pulak, untuk buat penilaian.

Selepas buat penilaian harga tanah, RM 47 000, jadi kena beli stem RM470.00. Terus pergi ke pejabat pos, beli setem. Balik semula ke Pejabat Daerah, untuk mati setem. Siap. Terus turun ke tempat pendaftaran. Kena bayar RM 75.00 untuk pindah milik dan RM 30.00 lagi untuk mendaftar. Dalam lebih kurang 5 minit semua selesai. Dah settle, dapat geran baru. Alhamdullillah, tak banyak renyah dan boleh selesai dalam masa 1 jam setengah sahaja. Tahniah pejabat tanah Pendang. Teruskan kerja yang cekap dan berkesan.

urusan dengan imegresen

nak pergi vietnam punya pasal... dan tak da gang. Ajak husband, dia tak boleh cuti pulak, tengah memangku, tak dibenarkan bercuti. Laaa.. teruknya. Ajak Mizah, Syerah cannotlah sebab dia spm tahun ni. Jadi cuti mungkin ada tuisyen. Nak pergi cuti bulan 3 ni. So... kenalah buat pasport untuk mizah. Hasil pengalaman lepas, yg pergi berlenggang kangkong nak buat border pass, terpaksa ambil gambar kat sana, fotostat kat sana, kena caj mahal bukan main, maklumlah... So, ambik gambar siap-siap , fotostat siap-siap. Tapi ada jugak yang tertinggal, fotostat ic maknya.. kena lah bayar 40 sen untuk fotostat tu.

Masuk pukul 9.00 pagi, pukul 12.40 selesai. Ramai nya orang nak buat dokumen perjalanan. Banyak income imigresen hari ni kan. Nanti hujung tahun, kaki tangan awam boleh dapat bonus, insyaallah.

Layanan oklah jugak, cuma sampai2 tu, nak ambil nombor cik tu tanya, dah ambik borang kat sana? Saya kata borang, kat rak tu? Dah abis... Boleh dia kata "ehh... tengok betul2"..Rupanya ada dua rak, satu rak tu kosong, tapi satu lagi tu memang ada borang lagi.  Geram nak kata balik "Wrong answer ....sepatutnya kata borang hijau kat rak tu Puan" kan... sopan lah sikit kerja kat kaunter depan tu. Tak kursus ke dia orang ni.

Itulah kesahnya, berurusan dgn imigresen, Alor Star, memang teruk lama menunggu, crowded . Penyelesaiannya, perbanyakkan kaunter buka dan petugas di kaunter.

Saturday, January 29, 2011

Reminder..





Di dalam surah Taha ada ayat yang bermaksud Nabi Musa dengan Lembah Thuwa. Tertanya2 dengan maksud ayat, menjadikan mycikgu mencari maklumat di internet, dan antara yang dijumpai adalah seperti berikut.  Nabi Musa telah meminta izin daripada ayah mertuanya Nabi Syuaib untuk kembali ke Mesir. Diapun berjalan bersama keluarga nya untuk kembali ke Mesir. Sampai di suatu kawasan, mereka tersesat. Dalam kedinginan malam, Nabi Musa ternampak kelipan api di kejauhan. setelah berpesan dengan keluarganya, diapun pergi mencari sumber kelipan api tersebut, sehinggalah terdengan suara' wahai Musa, tanggalkanlah terompah mu kerana kamu telah sampai ke lembah thuwa'. Di percayai lembah thuwa adalah berhampiran dekat Jiiranah.

Walaubagaimanapun, ada tafsir yang menyatakan Lembah Thuwa adalah simbol suatu tempat yang hanya diperuntukkan bagi diri pribadi yang suci dengan Allah yang Maha Suci.


Antara cara untuk menjadi insan kamil...


Mulailah dengan merasakan segala sesuatu milik Allah. Sebanyak manapun harta yang dikumpul, semuanya adalah milik Allah, setiap satu di hadapan kita, di belakang kita dan antara keduanya. Kita hanya meminjam saja daripadanya , jadi janganlah berbangga dengan kekayaan kerana Allah telah menjadikan kekayaan itu alat untuk melekakan kita

Kemudian kita akan merasakan keheningan yang maha hebat, hening dari angan-angan dan bayang-bayang hidup yang selalu muncul. Keheningan ini memberi kesan yang luar biasa. Mengapa demikian? Karena hijab  telah dibuka oleh Allah, sehingga segala keburukkan dan kebaikan yang pernah kita lakukan tampak tanpa terselindung lagi. Kita mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya.

Mulanya kita terasa suasana gelap yang mencekam, tetapi lama kelamaan kegelepan itu semakin lembut dan akrab. Hingga terbitlah sinar dilembah suci tersebut. Nur Cahaya yang mampu menyinari kegelapan. Nur Cahaya kasih dari Robbul izati, yang menyejukkan dan amat mententeramkan. Nur Ilahi yang megah dan berkilauan, yang menggoda untuk terus ditelusuri dan diharungi secara intensif. Kegelapan yang ada terus hilang. Dan terbukalah hijab sedikit demi sedikit, sehingga tidak ada lagi rahsia yang tersembunyi. Inilah awal perjalanan dari sebuah pengembaraan panjang yang singkat serta mengasyikkan.

“Sesungguhnya Allah memiliki tujuh puluh ribu hijab (penghalang) berupa Cahaya dan kegelapan. Seandainya Dia membukanya, niscaya Cahaya Wajah-Nya akan membakar siapa saja yang melihat-Nya” ( Al-Hadis )

Perjalanan ini pernah diungkapkan oleh seorang Sufi yang menggambarkan tentang kembalinya garam ke samudra-lautan.

“Bertanya garam kepada laut...”Siapakah Aku?.. sambil tersenyum laut menjawab...datanglah kepadaku...! maka kau akan tahu siapa dirimu..” Sang garam pun kemudian datang, dan menceburkan dirinya ke laut...., semakin dalam ia memasuki dasar laut.. ia semakin larut.... sesaat sebelum sang garam yang tinggal setitik debu itu hancur luluh...., ia tersenyum dan menangis bahagia..... ”Sekarang...aku tahu siapa aku.”

Kutipan diatas, mungkin dapat menggambarkan proses pencarian diri pribadi. Setelah sekian lama mencari, akhirnya diri menemui kan apa yang dicarinya selama ini. Sebuah kurnia bergelimang Cahaya Ilahi yang terpancar dari pusat semesta diri. Sebuah Pancaran Cinta dan kebijaksanaan yang ternyata ada dalam diri sendiri. Tidak mungkin dapat diungkapkan dengan kata-kata biasa, ia hanya dapat dipahami oleh bahasa kalbu.....dan dialami sendiri. Suatu pengalaman spiritual yang perlu dialami sendiri.Kerana ia tidak akan dapat digambar kan dengan kata2.

Inilah Lembah Suci Thuwa yang diharungi dalam sebuah pengembaraan sejati. Sebuah pengenalan sejati antara Ruh dan Maha Ruh. Satu ulangkaji, akibat perpisahahan yang terjadi saat Ruh diutus ke muka bumi. Keterpisahan ruh dengan sang sumber. Disaat ditiupkan kedalam jasad. Sehingga kemampuan dan kesadaran yang dimiliki Ruh harus terkungkung dan dibatasi oleh jasad dengan segala kekurangan dan kelemahannya. Jasad yang memiliki nafsu amarah, lawamah, sufiah dan mutmainah. Nafsu-nafsu yang selalu menghalangi diri untuk mengenali siapa diri yang sesungguhnya.

Sebagaimana diawal coretan ini, ditampilkan ayat Al Qur’an surat Thaha 20:12, yang bunyinya: “Sesungguhnya Aku ini Tuhanmu, sebab itu tanggalkanlah kedua terompahmu; Sesungguhnya engkau ada di Lembah Suci Thuwa.” Allah mengingatkan kedudukannya sebagai Sang Khalik, yang menyatakan Diri-Nya berada di Lembah Suci Thuwa. Oleh sebab itu sebelum jiwa-jiwa memasuki lembah Suci Thuwa. Haruslah menanggalkan terompahnya terlebih dahulu. Terompah adalah simbol sampah dan limbah yang ada di kepala, terompah adalah segala nafsu yang menghalangi kejernihan batin, terompah adalah ego ke-aku-an manusia. Sebelum memasuki Lembah Suci Thuwa, semua itu harus ditanggalkan. Sebagaimana Allah berfirman di dalam Al Qur’an :


“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntung orang-orang yang mensucikan jiwanya itu, dan rugilah orang yang mengotorinya” (QS. Asy Syams 8-10)

Setelah Jiwa dibersihkan maka Allah menyambutnya: “Salamun qaula mirrobbir rahim” Keselamatan teratur atasmu dari Allah sang Maha penyayang. Untuk itu haruslah diingat panggilan tersebut bagi jiwa-jiwa yang gersang, karena selama ini panggilan itu tidak pernah diindahkan. Jiwa jadi gersang kerana selalu memikirkan keperluan yang bersifat lahiriah saja, seperti makan, minum, bersolek, bermegah-megahan dengan Anak, Isteri, Sanak saudara serta harta kekayaan, selalu mengutamakan ego peribadi mengikut rasa. Sehingga melupakan keperluan rohani, yaitu keperluan jiwa yang selalu merindui akan kembalinya kepada Pencipta. Kemudian Allah menyeru kepada jiwa-jiwa yang tenang; “Ya ayuhal nafsul mutmainah irji’i ila rodiatan mardiah” Hai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah kepada Allah dengan keredhaanan yang diredhainya.

Sungguh indah, seruah-seruan tersebut. Tetapi mengapa begitu banyak dari kita tetap tidak mengindahkan seruan tersebut? Semua itu kerana hati kita yang sudah mati, hati kita sudah buta dan tuli.

“Maka sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada” (QS. Al Hajj 22:46)

“Dan siapa yang buta di dunia ini, niscaya di akhirat kelak buta juga dan lebih sesat jalannya” (QS. Al Isra 17:72)

Marilah bersama, dengan tekad yang membara. Kembali kefitrah asli kita. Fitrah Ruh yang cenderung untuk untuk mengenal Sang Pencipta. Secara semulajadinya kita bermakrifat kepada Sang Khalik. Dengan mengikuti kecenderungan fitrah semulajadi kita, maka tidak ada lagi kegelisahan yang mengganggu hidup ini. Kerana kita sudah berjalan di garisan yang telah ditetapkan Allah.

Bagi Para sahabat sepengembaraan, marilah harungi relung-relung Cahaya Ilahi. Marilah menjelajahi Lembah Suci Thuwa yang telah diwariskan itu. Sebuah warisan keramat ilahi. Dengan semakin akrabnya mengarungi Lembah Suci Thuwa, maka akan terbitlah suasana Cinta yang Maha Dahsyat. Kekuatan Cinta yang mampu menarik kuat untuk terus menjelajahi pesona ini. Terbitlah sebuah kepuasan terhadap segala sesuatu yang datang dan pergi dalam hidup ini. Karena semua yang datang dan pergi pada hakikatnya kurnia Allah yang patut kita syukuri.

Wednesday, January 26, 2011

mesyuarat yg tak putus2...

 

Awal2 tahun ni setiap hari ada mesyuarat.
1. Mesyuarat guru kali pertama 26/12/2010
2. mesyuarat kurikulum
3. meyuarat panitia b. ingeris
4. mesyuarat panitia subjek bidang teknik dan vokasional
5. mesyuarat panitia khb
6. mesyuarat rumah sukan
7. mesyuarat penyelarasan pspa
8. mesyuarat bilik mesyuarat
9. mesyuarat sds tingkatan 5 - 25/1/2011
10.Mesyuarat sds tingkatan 3 - 26/1/2011
11.Mesyuarat SDS tingkatan 4 - 27/1/2011
12.Mesyuarat persatuan akademik -29/1/2011
13. Mesyuarat ICTL-30/1/2011
14. Mesyuarat pengurusan kali ke 2- 13/2/2011
15. Mesyuarat kewangan kali 1 - 14/2/2011
16. Mesyuarat SDS ting 5- 21/2/2011
16. sambungan mesyuarat pengurusan kali ke 2 - 23/2/2011
16. kursus pengurusan panitia - pukul 2 ptg, 23/2/2011

Tiap2 petang balik lambat, sampai tak sempat nak renew roadtax kereta hari ni. Kalau dikira dari pagi 11 hours of non stop. Beginilah kalau dah kerja. Tunggu pencen lah kalau nak rehat-rehat.

Tuesday, January 25, 2011

Namrud mencabar supaya tentera-tentera maalaikat datang menyerang tenteranya yang terdiri daripada 700 ribu tentera berkuda yang lengkap bersenjatanya.
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit.
Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”


Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya:

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

Sekarang masyarakat amat takut akan nyamuk. Berbagai kempen yang menelan belanja ratusan ribu ringgit dibuat untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya nyamuk. Terbukti sudah nyamuk , seekor makhluk yang lemah memberikan impak yang begitu besar kepada manusia. Begitulah , jika diizinkan Allah, seekor makhluk yang dianggap lemah boleh membunuh, dengan cara yang amat ditakuti. Denggi, Encephalitis, malaria, adalh antara penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Pada masa-masa akan datang, mungkin banyak lagi penyakit yang dibawa oleh makhluk-makhluk lemah ini menggugat keselamatan manusia.

Oleh itu, kita tidak boleh memandang remeh sebarang perkara. Semuanya perlu diberi perhatian dan diambil berat. Barulah kita hidup selamat dunia dan akhirat.











--------------------------------------------------------------------------------



Dipetik Dari Buku: 1001 Durjana - Himpunan Kisah Insan Derhaka

Pengarang: Muhammad Isa Selamat

Kisah Nabi Sulaiman dengan Semut

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.


Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Nabi Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.


“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”


Subhanallah. Pandainya si semut berjimat cermat. Rezekinya hanya sebiji gandum untuk sepanjang tahun itu, tetapi dia makan hanya separuh sahaja. Semut selalu dijadikan ikon sebagai binatang yang berdisiplin dan berjimat cermat.  Lagi pula, selama ini dia diberikan rezeki oleh Allah yang tidak pernah lupa, tetapi apabila Nabi Sulaiman meletakkannya ke dalam botol, si semut beringat, sekiranya Nabi Sulaiman melupakannya, dan sebab itulah dia meyimpan sebahagian gandum tersebut. Maklumlah Nabi Sulaiman hanya manusia yang mungkin terlupa ... Wahai diri ini, ambillah iktibar dari cerita ini, janganlah kita membazir dan berboros dalam berbelanja. Sesungguhnya membazir itu perbuatan syaitan dan orang yang membazir adalah saudara syaitan. Sekiranya ada rezeki lebih, infak kanlah ke jalan kebaikan. Masih ramai orang yang menghadapi kesulitan hidup di luar sana.

Sesungguhnya sedekah itu hiasa harta benda kita.