WELCOME



Monday, May 9, 2011

Tahniah SMK Chepir


Tahniah warga SMK Chepir kerana hari ini sekolah anda masuk paper. Penuh satu page. Cikgu pun sebagai warga sains pertanian ni, turut rasa bangga.
Awal bulan April lepas, cikgu bersama2 50 orang lebih cikgu sains pertanian negeri kedah, dijemput ke SMK Chepir kerana ada taklimat pentaksiran kerja kursus Sains Pertanian di sana.

Tak hairanlah sekolah ini menjadi pilihan penganjur kerana banyak perkara yang boleh dicontohi oleh sekolah2 lain yang mengambil sains pertanian.

Berkat kerajinan dan kesungguhan unit sains pertanian dan landskapnya, hari ini ssmk chepir masuk paper, bidang pertanian yang dihiglight kan.  Puan Pengetuanya juga amat berminat dalam bidang pertanian, dan daripada observation cikgu, ini salah satu sebab kenapa unit sains pertanian bergerak aktif. Ya lah, apabila kerja kita sentiasa orang ambil tahu, tunjukan minat, menghargai, tentulah kita lebih bersemangat kan? Dan cikgu juga tertarik, semasa pelajar nak balik selepas habis waktu sekolah, mereka akan berbaris, berjalan di hadapan pengetua dan bersalam dengan pengetua. Pengetua sanggup berjemur tengah panas kerana nak bersalaman dengan pelajarnya.   Jadi pelajar balikpun dengan satu perasaan yang ada ambil berat tentang dirinya, lebih2 lagi orang itu pengetua sekolah. Semoga SMK Chepir lebih berjaya dimasa akan datang.

sekali lagi TAHNIAH.

No comments: