WELCOME



Friday, February 4, 2011

Orng yang menjadi punca rusuhan di Mesir...

Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak pada dilahirkan pada 4 Mei 1928 merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981. Presiden Mesir yang paling lama memegang tampuk pemerintahan.Bermakna hingga 2011 telah 30 tahun dia menjadi presiden.
Siapa dia sebelum menjadi presiden?


Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Arwah Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak  dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.
Fail:Hosni Mubarak - Official Photo.JPG
Orangnya handsome, sampai sekarang walaupun telah berumur 82 tahun.

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Setelah tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militari Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, Ada double degree lah Mubarak ni ya, rajin study rupanya!!  Dia ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Kommander Tentera Udara. Lama tu , lebih 20 tahun berkhidmat dan telah berumur 45 tahun.

Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP) semasa berumur 52 tahun. 
Hosni Mubarak menikahi Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan diasuh untuk menggantinya kelak. Namun beliau menafikan khabar ini.


Semenjak pembunuhan Presiden Sadat 30 tahun yang lalu, Hosni Mubarak masih mengekalkan undang-undang darurat, iaitu pesalah akan ditangkap tanpa dibicarakan, terus dihukum penjara tanpa tempoh tertentu, tanda paranoidnya Hosni Mubarak.Ekonomi Mesir yang tidak stabil dan pengangguran yang semakin bertambah menyebabkan rakyat Mesir tidak berpuas hati di atas pemerintahan Hosni Mubarak.

Mendapat suntikan semangat daripada pengunduran mudah Presiden Tunisia hasil desakan rakyat Tunisia, rakyat Mesir melancarkan protest besar-besaran meminta Hosni Mubarak berundur dan seterusnya meninggalkan negara. Hosni berkeras tidak akan berundur sekarang, sebaliknya akan tidak bertanding pada Bulan September nanti dan tidak akan meninggalkan Mesir, kerana hasratnya untuk mati dan dikebumikan di Mesir. Mestilah kan, tanah tumpah darah dan dia menjadi pemimpin pulak tu selama 30 tahun. Tetapi berundurlah, jika sayangkan Mesir, negara itu akan kembali aman sekiranya beliau berundur.

Kini kerajaan Amerika Syarikat sedang membuat pelan pengunduran dan pelan membawa keluar Presiden Hosni Mubarak daripada Mesir. Nampaknya Hosni Mubarak perlu mengucapkan selamat tinggal kepada tanah tumpah darahnya...

No comments: