| 20 minit selepas peperiksaan dimulakan, dah siap menanda jawapan dan boleh tidoooor!!! |
WELCOME
Sunday, October 23, 2011
Friday, October 21, 2011
| Apam Polka dot. |
caranya:
1. pukul 3 biji telur dgn 175 gm gula halus, masukkan 175 gm susu cair, 1 camt baking powder, 1/2 camt ovalete, 1 sudu teh esen vanila.
2. Pukul sampai kembang (tak da la lama mana)
3. Asing2 kan dalam bekas berlainan dan gaul dengan pewarna kesukaan.
4. masukkan batter ke dalam paper cup, 1/4 penuh, masukkan filling kesukaan . .. blu beri ke, stro beri ke.
5. tambah batter hingga 3/4 penuh.
6. Dot dot kan dengan warna yang berlainan. boleh bubuh dalam piping atau lain2 alat rekaan sendiri.
7. Kukus 10-15 minit. Jangan over heat, nanti merekah, tak comel pulak.
8. makan panas2 sedap... bila dah sejuk, dia jadi liat.
9. Sesuai untuk minum petang bersama teh o pudina.
Wednesday, September 21, 2011
Gerek untuk Pak Tam
Monday, September 19, 2011
Kenduri - kenduri... kahwin
| Cuti hari Malaysia, sempat juga memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam. Budak kecik ni dah besar rupanya, dah boleh kawin dah.. |
| Kami sampai awal, tetamu masih belum ramai.. |
| Tuan rumah, mengalukan kedatangan, kenduri kali ni, anaknya yang bongsu |
| close up.. abang Mie@ pak Anjang Mie |
| Selain makan nasi, kuih raya juga ada, tak berhenti lah mengudap |
| suasana agak redup dan selesa, tema kenduri kali ini, hijau.. |
| Tumpang duduk di meja pengantin |
| Dia orang ni, abang dan kak ipar pengantin, kawin tahun lepas dan ada anak pun.. |
| pengantin dah nak sampai, standby dengan kamera masing2 |
| Semoga bahagia, berpanjangan jodoh hingga ke akhir hayat |
Syukur Alhamdulillah..
Minggu lepas sebelum cuti hari Malaysia, ramai dari sekolah yang keluar, mesyuarat, taklimat , kursus dan lain-lain lagi. Pada hari Selasa selain guru2 kanan, tinggal pengetua dan cikgu . Pengetua tanya. "cikgu ada nak kena pi mana-mana dak, rabu dan Khamis ni?"
"Insya Allah tak da kut", jawab cikgu.
"PK kena pergi Pulau Pinang start esok, saya pun pi sana, taklimat peperiksaan, PK Hem kena pi bukan tender kantin asrama",
" Ooohh..", kata cikgu lagi, tapi masih confuse dengan kata2 pengetua.
Sambil terus membuat kerja, tak lama Hasnah datang,
"Kak, tolong tanda tangan,"
"Tanda tangan? Boleh", sambil mencapai pen mata mengerling apa yang perlu di tanda tangan...
"Haa...??!!"
Rupanya surat menyerahkan tugas pengetua selama ketiadaannya, dan perlu ditandatangan oleh penerima tanda rela hati menerima tugas.
Sebelum nipun, memang kerja kita sehari2an menjaga sekolah, tapi bila dah rasmi sangat macam ni, rasa ngelabah juga. Dalam hati tak putus2 berdoa, agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang ketiadaan pengetua.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dan petang khamis pun tiba, dengan rasa lega.

Sunday, September 18, 2011
Ceritera di Hiway Utara-Selatan
Hujung minggu yang panjang... selalunya 2 hari, kali ni 3 hari kerana cuti ganti hari Malaysia yang jatuh pada hari Jumaat diganti ke hari Ahad bagi kami di Kedah. Oleh yang demikian, sempatlah kami memenuhi jemputan kenduri di Shah Alam walaupun jaraknya 600 km lebih kurang.
Walaubagaimanapun terpaksa pergi semalaman sahaja kerana the girls kena masuk balik asrama petang Ahad tu.
So, hari Jumaat tu, selepas relax2 pagi tu, tengok perarakan Merdeka yang gilang gemilang di Dataran Merdeka, kamipun memulakan perjalanan. Masa tu dah lebih kurang pukul 11.00 dah. Trafik berjalan lancar, walaupun hujan ada masa lebat , ada masa renyai.
Kami susur keluar di Sungai Siput kerana masa tu dah hampir waktu solat Jumaat. Ada sebuah masjid kecil di tepi jalan, kami tunggu dalam kereta, dan macam biasalah... kalau masa solat jumaat ada kanak2, remaja2, malah kadang2 orang berusia yang datang menempek di belakang, tepi , masjid tapi tak masuk sembahyang. Hairan sungguh. Pernah sekalitu, cikgu hampir2 nak pergi sound budak2 muda satu group yang tak masuk ke masjid waktu orang dah mula sembahyang, tapi ditahan oleh my girls.
Selepas sembahyang, perjalanan disambung , dan kami berhenti di Tapah untuk menjalankan tanggungjawab kami bersolat pula.
Sekali-sekala singgah di hentian sebelah untuk singgah ke toilet. Yang cikgu boring sekali bila tandas kotor. Tandas di hiway tak sepatutnya kotor kerana kita masuk berbayar semasa di tol lagi. tapi pengguna ni ada yang berotak kecil jugak, lepas guna tandas, tak reti nak bersihkan macam balik asal sebelum dia masuk tu. Yang leceh sekali bila tengok tisu2 tandas dalam lubang tandas. Bukannya tak boleh flush, tapi nak suruh orang pulak flush untuk dia.
Tang makan pulak, memang ada banyak outlet yang menyediakan makan, tapi setakat ni, belum jumpa lagi yang dapat memenuhi selera. Kadang2 ikan atau ayam goreng yang kita ambil tu, macam ikan yang dah diperangat banyak2 kali. Mungkin, yang lama tak abis, tapi sayang nak buang. Harganya pulak memang lebih mahal daripada makanan yang dijual di tempat2 lain.
Pengguna jalan raya pulak, macam2 perangai. Kali ni terserempak dengan satu group penunggang motor yang berhimpun di sebuah stesen minyak, mungkin berehat sebentar. Lebih kurang 30 orang semuanya, dan semuanya lelaki, ooopss.. ada sorang perempuan. Apa yang dibuatnya, ditengah2 budak lelaki tu!! Mula cikgu ingat konvoi hari malaysia ke, patriotik jugak budak2 ni, tapi tak dapun bendera di motor2 mereka. Tak lama selepas meninggalkan stesen minyak kereta kami di potong oleh budak2 motor tu, yang membawa motor tersangatlah laju... yang meniarap atas motor pun ada. laaaa... Mat2 rempit rupa-rupanya.
Pemandu2 kereta pulak ada yang macam memandu macam nak rakk lajunya. Yang golongan ni, dia tak kira, kalau ada kereta di lorong kanan yang memandu ikut had laju, dengan sombongnya , menyalakan lampu tinggi, memberi amaran kepada pemandu hadapan supaya masuk ke lorong kiri dan bagi jalan kepadanya untuk memotong. Kalau lambat sikit sebab pemandu hadapan nak overtook, kenderaan lain di sebelah, bukan main lah.. lip lap lip lap lampu tinggi dinyalakan. Cikgu nak cadangkanlah, cuba buat kajian profile pemandu2 yang pernah terlibat dengan kemalangan. Kalau yang dah jadi arwahpun, boleh tanya pada rakan atau keluarga terdekat. Bila dah kenalpasti profile, barulah boleh ambil pendekatan yang lebih berkesan, bagaimana nak mengurangkan kemalangan jalan raya.
Ada juga pemandu yang suka berhenti di lorong kecemasan, pada hal lorong kecemasan selalu digunakan oleh penunggang motorsikal, kalau nak berhenti lama, sepatutnya, sediakanlah amaran supaya pengguna jalan raya lain, khasnya penunggang motorsikat boleh alert, takut nanti ada penunggang motorsikal yang tak perasan terlanggar kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan. Dah ramai penunggang yang arwah kerana kes ini. Sebagai komuniti yang berkongsi jalan raya, kita kena beringat tentang hak dan kepentingan orang lain juga, jangan pentingkan diri sendiri.
Walaupun hujung minggu ni panjang sikit, tapi tak ramai yang ambil kesempatan balik kampung, mungkin kerana baru balik hari raya hari tu. Lagipun poket tengah kosong.. maklumlah baru lepas musim perayaan.
Akhirnya, Alhamdulillah, pukul 8.30 malam, kami selamat tiba ke destinasi. Bolehlah berehat2, melegakan urat yang seharian duduk dalam kereta.

Tuesday, September 13, 2011
My new tools..
Mulanya agak skeptikal juga nak mendapatkan menda ni.. maklumlah tak da coverage nanti, merugikan sahaja. Dahlah ada kontrak setahun bagi broadband dan 2 tahun untuk talian telepon. Tapi terpaksa juga menanggung risiko, kerana kabel selalu kena curi..(hmmm... masih belum ada penyelesaian walaupun masalah ni dah lama terjadi) dan kerana efisen nya TM menggantung perkhidmatan bila bil tidak dibayar. Macam yang dialami dulu, bulan puasa... sibuk dan letih, cuti raya.. balik kampung, akibatnya ada bil tertunggak, bil yang seterusnya belum sampai, tiba2 line dah kena gantung. Baru terperasan bil belum bayar , bayar melalui cimb click pukul 9 pagi, pukul 4 petang telepon tm minta aktifkan semula talian, dia kata bayaran belum masuk!! Atas talian pun dah 7 jam bayaran belum masuk. Kemudian minta referens number yang selalu kita ignore dan tak ambil kesah nak salin. Mana nak ada. Dan bagitau pulak telepon lagi dalam masa 4 hari untuk aktifkan talian. Nak potong efisen sangat, nak sambung balik payah pulak, walaupun semua tu dalam sistem saja.
Tapi dengan adanya BB ni, bolehlah buat kerja-kerja yang perlu dibuat, seperti key in markah kerja kursus ke Lembaga Peperiksaan, key in markah percubaan ke Lembaga Peperiksaan dan key in markah segala jenis ujian dan peperiksaan ke SAPS. Nampaknya cikgu2 sekarang terpaksa mengeluarkan lebih banyak modal untuk beli lap top, untuk bayar bil broadband, nak share lap top sekolah terpaksa tunggu giliran ... tak sampai lagi giliran , dah kena masuk kelas pulak dah.
Tapi tak pa la... teringat kata-kata seorang isteri kepada cikgu di sekolah, kalau orang buat bendang boleh beli pam ayaq, kenapa cikgu tak boleh beli komputer sendiri... nak buat kerja.
Mujur juga BB Maxis ada coverage di area sekolah dan di kampung masa balik cuti raya dulu, sedangkan di rumah tak ada pulak. Mungkin taman perumahan ni, termasuk ke dalam sikit , jauh dari jalan besar, sebab tu tak dapat coverage. Harap2 Maxis boleh buat satu menara dekat2 sini, sebab kalau ada coverage, boleh potong terus streamyx ni, tak payah nak bayar banyak2 bil.

Subscribe to:
Posts (Atom)