WELCOME



Wednesday, May 30, 2012

Di mulakan cerita...

Akhir tahun 2011, suami telah ke Langkawi kerana ada mesyuarat. Keesokan harinya, kami pulak pergi, ambil teksi dari jeti kuah ke hotel. Malamnya, suami mengadu ada darah dalam najisnya, mungkin buasir. diapun ke farmasi berhampiran untuk mencari ubat yang sesuai, makanlah ubat tu . Mahal jugek harganya. Ini merupakan tanda2 terawal yang dia perasan, ada something wrong. Walaupun dinasihatkan pergi cek doktor, dia masih enggan, nak makan ubat buasir dulu, katanya. Lepas2 tu pendarahan tak berhenti jugak, bila buang air besar, ada saja kesan2 darah, macam darah dah lama... warna kehitaman pada najis. Rasa tak sedap hati, akhirnya bulan Februari, masa cuti tahun baru cina, diapun ambil keputusan untuk dapatkan pemeriksaan lanjut di Putra Medical centre. Bila buat endoskopi, ternyata ada ketumbuhan, doktor cadangkan buat pembedahan untuk membuang sebahagian usus yang ada ketumbuhan itu. Sel2 ketumbuhan juga diambil untuk dibuat kajian lanjut dimakmal. Doktor tanya , nak buat pembedahan segera ke atau nak tunggu keputusan makmal yang dijangka seminggu lagi. Hubby buat keputusan, tunggu lah, seminggu je pun.

Lepas seminggu baru nak ambil result. hubby terus ke ofis macam biasa. Tiada sakit2 lain, keadaannya sihat saja. Dan bermulalah episod seterusnya.

Tuesday, May 29, 2012

Kembali bersiaran

Cuba untuk mencoret sesuatu di blog yang sudah lama sepi ini. Kalau rumah mungkin dah penuh habuk dan sawang, kalau taman mungkin dah penuh lalang yang berbunga. Sejak awal tahun, terlalu banyak yang berlaku hingga menghadkan masa untuk berblog. Disamping kejadian kejadian yang tidak diingini yang membuka tirai 2012 menyebabkan mood untuk menulis di blog semakin tumpul dan beku.
Walaubagaimanapun, akan digagahkan juga untuk mencoret sesuatu, dari semasa ke semasa , menceritakan first hand pengalaman yang dilalui semenjak suami di sahkan mengidap kanser usus. Mungkin boleh dijadikan panduan dan juga catatan memori yang akan kekal selagi ada alam maya ini. InsyaAllah.

Sunday, January 15, 2012



Last day at home..

Monday, January 9, 2012

FAREWELL
KBG779O

Thursday, January 5, 2012

Duit yang seciputt...


ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS MATA PELAJARAN
SAINS PERTANIAN 2012



A. PENDAPATAN

Baki tahun 2011 RM0.00
Peruntukan per kapita tahun 2011 RM 1 190.00
JUMLAH RM 1 190.00






B. PERBELANJAAN

1. AMALI

a. Cendawan RM150
b. Fertigasi RM60
c. Kompos RM50
d. Membiak varieti baru RM70
e. Penapaian RM30
f. Pengairan titisan RM100
g. Hidroponik RM100
JUMLAH RM560



2. BAHAN BANTU MENGAJAR

a. Bahan bacaan RM50
b. Cetakan bahan RM400
c. Stationaries  RM100
JUMLAH RM550



3. PENYELENGGARAAN UNIT

a. Peralatan RM40
b. Bahan RM40
JUMLAH RM80






JUMLAH RM1,190.00



c. BAKI DIBAWA KE TAHUN 2012 RM0.00

1m1s...

Seawal 14/1/2012, aktiviti untuk 1m1s akan dijalankan, iaitu merentas desa sekolah.

Cuti-cuti Malaysia - cuti umum 2012

CUTI UMUM TAHUN 2012

TARIKH
CUTI
15 Januari
Ahad
Keputeraan Sultan Kedah
23 Januari
Isnin
Tahun Baru Cina
24 Januari
Selasa
Tahun Baru Cina
5 Februari
Ahad
Maulidur Rasul
1 Mei
Selasa
Hari Pekerja
5 Mei
Sabtu
Hari Wesak
2 Jun
Sabtu
Keputeraan Yang Di Pertuan Agung
17 Jun
Ahad
Israk & Mikraj
21 Julai
Sabtu
Awal Ramadan

19 - 20 Ogos
Ahad dan Isnin
Hari Raya Puasa *
31 Ogos
Jumaat
Hari Kemerdekaan
16 September
Ahad
Hari Malaysia
26 Oktober
Jumaat
Hari Raya Aidil Adha
27 Oktober
Sabtu
Hari Raya Aidil Adha
13 November
Selasa
Deepavali
15 November
Khamis
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
25 Disember
Selasa
Krismas