This evening, my eldest son ask me "what caused economic recession?" Well.... errrr... emmmm...If I was a contestant in a beauty paegant, I will surely lost the contest for not being able to give smart answer in the blink of an eye. Well , after some research, I now will list down what probably caused economic recession so that I will not forget if someone happen to ask me the same question again.
1. Global warming caused the earth climate to change, floods, draught, happen all over the world caused the agricultural sector to face difficulties to produce enough food. As a result, the price of food increase.
2.Oil price, earlier this year the price of petroleum in USD100.00. And continue to hike to USD144.00. When petrol price increase, like a domino, everything will goes up to. This is worsened, when some companies used food such as palm oil, soybean and others to substitute petrol as organic fuel. This contribute to increase the food price even more.
3. Mortgage. Some banks allow loaners to loan money to buy houses, cars without strict rules. Some loaners cannot pay back their debts, and the bank will face the loss too. Some banks in US have to be bail out by the government to solve their financial problems.
4. When the economic recession hecomes global and becoming the talk of everyone, people become more money concious. They will cut all the expenses they able to cut. For instance, to cut petrol expenses, they reduce the use of petrol by planning their journey, car pooling, use public transport and ects. This help to bring down the price of petrol like we are experiencing now.
5. When people being thrifty in their spending, business will becomes slow, supermarkets, night markets, eating outlets, are becoming less busy now. Income for business people will drop and to prevent more damage, they have to reduce their production and let go their employees. Unemployment will rise and add more and more problems to the already problematic situation.
Well, there are a lot more contributing to this situation. How are we going to face and solve it? Because our way of handling the situation might worsened the scenario.
In my next post, I will write some suggestions on what we should do. I'll stop now because the man next to me looks like need someone to talk to.
WELCOME
Wednesday, December 24, 2008
Tuesday, December 23, 2008
Introducing TJ
16th December, wet market. Near the vegetable stall. Busily chewing chicken's head. We picked him up. Put it in a box given by the vegetable's seller. He said ` Kak tak habaq, hari tu saya beli kucing parsi sepasang dekat RM 600.00, isteri saya tak suka kucing, saya buang ja'. RM 600.00.... Buang??? Membazir sungguh. We brought the kitten home, give him a bath, banyaknya kutuuuu. Sikat dengan sikat kutupun tak mau. Esoknya pergi Vet minta ubat kutu. Mandi sekali lagi. Bersihlah sikit. Tapi tang muka tu, dah buat facial pun nampak berlemuih / coriang / comot lagi. Memang semula jadi gamaknya. Namanya TJ - Tomei Junior. Kadang-kadang Mizah panggil Teejaynee. Macam nama Mak Da.. Agak-agak umur 2 minggu. Tapi tak da ibu. Tu yang berani ambil. Sekarang dah bersih, manja dan toilet trained.
Monday, December 22, 2008
Santapan Rohani

SANTAPAN ROHANIANAK KECIL DAN SEKETUL BATU
Written by Ommi Kalsom Hj Ibrahim (Dari Portal PPD Kulim/ Bandar Baru)
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;
" Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.
"Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
PENGAJARAN
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
Sunday, December 21, 2008
Bukit Antarabangsa

Landslide in Bukit Antarabangsa
Beberapa perkara yang menarik perhatian:
1. Sebelum kejadian anjing menyalak bersahut-sahutan, ramai yang sedar, tapi tidak menyangka ini merupakan tanda-tanda bencana alam akan menimpa.
2. Pihak berkuasa seperti angkatan tentera, polis dll dikecam oleh penduduk kerana tidak memberikan kerjasama seperti yang diharapkan. Kemudian dakwaan ini dinafikan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk didalam satu sidang akhbar.
3. Beberapa hotel di sekitar telah menghantar chef-chef mereka untuk menyediakan makanan kepada petugas dan penduduk yang terlibat.
4. Petugas membantu memindahkan barangan penduduk, ada satu gambar menunjukkan petugas mengangkat tilam merentas hutan belukar. (Berat tilam tu, kita nak tukar cadar pun berat nak angkat.)
5. Ada pula cakap-cakap mengatakan salah sebuah rumah yang ranap merupakan sebuah pusat perjudian, sebab tu kena bencana. Ini dinafikan oleh penduduk dan jiran-jiran terlibat.
6. Ada kata-kata yang menuduh penduduk rumah menggunakan duit tak halal untuk buat rumah. Satu tuduhan oleh orang yang nak buat dosa kering. Semua kejadian Allah adalah ujian dan ada hikmahnya. Mungkin kejadian yang menimpa segolongan kecil ini memberi hidayah untuk kepentingan segolongan lain yang lebih besar bilangannya.
7. Penyampai Good morning Malaysia, (NTV7) ada menyebut, penduduk yang dipindahkan ada ditempatkan di hotel (dibayar kerajaan) kerana "they are rich people, so they need a better place to stay", bukannya di pusat pindahan biasa seperti sekolah, dewan orang ramai.
8. Apabila pihak berkuasa mengumumkan penduduk boleh tuntut barang yang dijumpai, tak ramai yang berbuat demikian.
9. Salah satu korban, seorang ibu muda, isteri yang amat disayangi, bercinta dari kecil, sejak tadika. (Kisah cinta yang amat unik).
10. Bila bencana seperti tanah runtuh, banjir berlaku di kawasan bandar seperti Shah Alam dan Bukit Antarabangsa ni, mangsa selalu menyalahkan pihak berkuasa tempatan. Berbanding bila seorang makcik di Yan,Kedah diwawancara diTV tentang banjir di tempatnya berkata "Nak buat macammana kan dah nak banjir, kita terima ja lah ...", (Masa tu Raya Puasa).
Semoga semua mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh bersabar dan banyak-banyaklah beristighfar apabila terasa sedih dan marah. Anggaplah ini semua takdir, qada dan qadar dari Allah SNW. Setiap ujian Allah , terimalah dengan tabah. Kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan tuan-tuan sekelian.
Monday, December 15, 2008
Adopting ....
Today, we, me and Hamizah are going to the Pendang market. Not to buy groceries, but to look out for stray kittens irresponsible people put in the market. Maybe there will be a suitable kitten to adopt. We are not replacing you Tomei but this might heal our sadness. We'll always love you. Please come back. You'll have a younger brother.
Sunday, December 14, 2008
TOMEI - Meowwww
In memory of Tomei, ( 31 Mac - 8 Dis 2008) seekor kucing jantan, berbulu putih, glow in the dark, bertompok-tompok oren. Ekornya panjang, makanan kegemaran ikan rebus yang digaul nasi. Friskies, sadin atau lain-lain makanan kucing dia tak mahu. Subuh-subuh dah minta makanan, tidur atas katil Hamizah , tak suka mandi dan tak suka naik kereta. Suka masuk dalam almari atau kabinet.
Pada malam raya haji yang lepas, kami balik ke rumah di Bandar Laguna Merbok. mungkin dia stress sebab berada di tempat baru, atau tak tau jalan nak balik ke rumah, our family cat ni keluar dari rumah lebih kurang pukul 12.oo malam dari 8 hb Dis. 2008 (malam raya Idil Adha) dan tak balik-balik hingga sekarang, walau dah penat mencari ber round-round. Kepada sesiapa yang terjumpa, do contact us. Hanya Allah yang tahu. Hopefully, dia akan pulang . Amin.
Pada malam raya haji yang lepas, kami balik ke rumah di Bandar Laguna Merbok. mungkin dia stress sebab berada di tempat baru, atau tak tau jalan nak balik ke rumah, our family cat ni keluar dari rumah lebih kurang pukul 12.oo malam dari 8 hb Dis. 2008 (malam raya Idil Adha) dan tak balik-balik hingga sekarang, walau dah penat mencari ber round-round. Kepada sesiapa yang terjumpa, do contact us. Hanya Allah yang tahu. Hopefully, dia akan pulang . Amin.
Wednesday, December 10, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)