WELCOME



Friday, June 14, 2013

Mesir day 2


Hari ke 2 di Mesir, kami di bawa ke Qorun lake, katanya, disinilah harta qorun tersimpan. Tasiknya luas, airnya payau. kebanyakkan penduduk di area ni bekerja sebagai petani dan nelayan. Dalam perjalanan, nampak padang pasir dan tanah tandus, tapi ada juga kawasan yang menghijau. Kerajaan Mesir telah membina satu tali air untuk mengairi kawasan ini. di Mesir tak da hujan, sebab tu kita nampai pokok2, bangunan2 diselaputi debu. Bertuahnya Malaysia kerana menerima hujan sepanjang tahun.
tasik Qorun   
Perjalanan ke tasik ni lebihkurang 1 jam, oleh kerana perbezaan masa, depa pagi, kita tengah malam, ramai yang terlena dlm bas.
Kawasan pertanian di sekitar tasik Qorun, rumput untuk makanan ternakan.


Balik dari tasik Qorun, makan tengah hari di restoren ni, bangunan2 di mesir ni, dari luar designnya tak glamour langsung , mungkin cepat berdebu,  tapi interiornya, memang menarik.

Tekak Mesir dan tekak malaysia memang tak sama, tapi nak ubah selera tu bolehlah, dapat pengalaman baru. Makanan mereka kurang berperisa, tawar tak cukup rasa. karot dan timun memang tak tinggal, begitu juga roti bulat. mesti ada, yang penting, nasi ada.
Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang lama kerna kesesakan lalu lintasnya. Maklum lah di Cairo saja penduduknya 28 juta orang, sangat padat. Kebersihan persekitaranpun, kurang terjaga kerana kekurangan kaki tangan agaknya, kut ya pun, janganlah buang sampah merata2.
Selepas makan tengah hari kami di bawa ke masjid Imam Shafie.


No comments: